Judul : Abang Jo mahu golongan pelampau terus diharam masuk Sarawak
link : Abang Jo mahu golongan pelampau terus diharam masuk Sarawak
Abang Jo mahu golongan pelampau terus diharam masuk Sarawak
BAU: Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg memberi jaminan bahawa beliau akan meneruskan dasar Allahyarham Tan Sri Adenan Satem untuk mengekang golongan ekstremis atau pengacau memasuki Sarawak.
Tegasnya, pengharaman itu pada era pentadbirannya, membolehkan rakyat kekal bersatu dan politik negeri ini terus stabil, bagi membolehkan fokus diberikan kepada membangunkan masa depan Sarawak.
“Tumpuan ini membolehkan kita membangunkan sektor pelancongan, membangunkan biodiversiti dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya ketika berucap melancarkan Borneo Tribal Village (BTV) dan Pesta BTV di Kampung Apar Singai, dekat sini.
Katanya, Sarawak unik kerana berbanding negeri lain yang sering bergaduh dan bermasalah, negeri ini pula sering mengadakan pesta.
“Kita mampu mengadakan pelbagai pesta ini kerana kita saling menghormati kaum dan masyarakat lain, yang ada di sekeliling kita.
“Justeru itu, kita tidak mahu individu yang pernah digelar ‘bigots’ oleh Tok Nan ini mengacau keunikan perpaduan dan toleransi yang wujud,” tambahnya.
Dalam ucapannya juga, Abang Johari memaklumkan bahawa Bau hingga Sematan akan dirangkaikan dalam zon pelancongan Sarawak.
“Kita akan bangunkan semua infrastruktur yang berkaitan dengan pelancongan.
“Ini termasuk menaik taraf pekan Siniawan, yang akan dihubungkan dengan banglo Brooke serta pekan Bau dan BTV.
“Dari Bau, zon pelancongan ini akan dilebarkan ke Lundu dan Sematan,” katanya sambil mengesahkan perancangan tersebut termaktub dalam Pelan Induk Pembangunan kawasan tersebut.
Jumlah pengunjung di kawasan ini katanya, dijangka akan bertambah apabila aliran transit ringan (LRT) dilaksanakan di sini, yang menghubungkan Serian ke Bau, Bau ke Lundu, Lundu ke Sematan dan Damai.
“Ketika ini tumpuan LRT adalah untuk jajaran Kuching-Serian terlebih dahulu.
“Dalam tempoh 20 tahun akan datang, semua kemudahan asas ini akan tersedia, termasuk bas elektrik,” tambahnya.
Katanya, BTV menjanjikan produk pelancongan yang baik, terutamanya mereka yang gemarkan terapi kesihatan.
Di sini pelancong boleh berjalan kaki di atas laluan batu sungai, menikmati madu kelulut serta berehat selepas menjalani rawatan di hospital-hospital swasta di pusat bandar. – Sarawakvoice
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t81E5q
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Abang Jo mahu golongan pelampau terus diharam masuk Sarawak
Anda sekarang membaca artikel Abang Jo mahu golongan pelampau terus diharam masuk Sarawak dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/abang-jo-mahu-golongan-pelampau-terus.html
0 Response to "Abang Jo mahu golongan pelampau terus diharam masuk Sarawak"
Catat Ulasan