Loading...

“Allah suruh kita bela anak yatim tapi anjing pula yang dibela. Kitab mana yang dibaca” – Ustaz Kazim

Loading...
“Allah suruh kita bela anak yatim tapi anjing pula yang dibela. Kitab mana yang dibaca” – Ustaz Kazim - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Allah suruh kita bela anak yatim tapi anjing pula yang dibela. Kitab mana yang dibaca” – Ustaz Kazim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Allah suruh kita bela anak yatim tapi anjing pula yang dibela. Kitab mana yang dibaca” – Ustaz Kazim
link : “Allah suruh kita bela anak yatim tapi anjing pula yang dibela. Kitab mana yang dibaca” – Ustaz Kazim

Baca juga


“Allah suruh kita bela anak yatim tapi anjing pula yang dibela. Kitab mana yang dibaca” – Ustaz Kazim

Wanita Islam yang bangga memelihara anjing hingga menjadi viral dalam media sosial dinasihatkan segera belajar ilmu agama bagi mengelakkan tindakannya menjadi ikutan ramai dan fitnah dalam masyarakat.

Penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias berkata, tindakan wanita itu bukan saja menimbulkan fitnah besar sehingga boleh menjadi umat Islam yang cetek ilmu agama bercelaru tetapi juga perbuatan mempersenda hukum Allah dan pegangan mazhab Syafie yang dianuti di negara ini.

Baca artikel sebelum: “Ini anjing saya Bubu” – Wanita Islam bertudung dalam klip video bersama anjing peliharaannya diminta bertaubat

“Wanita itu sendiri bercelaru apabila memberi maksud ihsan terhadap anjing kerana kita tidak pernah disuruh bermusuh terhadap haiwan itu tetapi hanya dihukumkan sebagai najis terutama air liurnya yang boleh mendatangkan penyakit berbahaya.

“Kenapa kita sibuk hendak memelihara anjing sehingga ke dalam rumah sedangkan ia bukan suruhan Allah. Allah suruh kita bela anak yatim tapi anjing pula yang dibela. Kitab mana yang dibaca,” katanya.

Mohd Kazim berkata demikian ketika berceramah di Karnival Lenggong 2017 sempena Ulang Tahun Ke-5 Tapak Warisan Dunia UNESCO di Dataran Lenggong, di sini, malam tadi.

Beliau mengulas klip video dalam media sosial yang menunjukkan wanita itu memelihara dan memegang anjing termasuk membiarkan mukanya yang memakai tudung dijilat haiwan itu yang diberi nama Bubu.

Mohd Kazim berkata, hukum Islam jelas terhadap anjing terutama air liurnya sebagai najis mughallazah iaitu najis berat yang wajib disamak atau sertu jika terkena malah mazhab Syafie juga meletakkan hukum wajib disamak jika bersentuh dengan anjing apabila keadaan kita atau haiwan itu dalam keadaan basah.

Katanya, ia bermaksud jika sengaja hendak sentuh anjing adalah tidak dibenarkan dalam Islam meskipun ia boleh disamak.

Beliau berkata, jika berfahaman tidak mengapa pegang anjing sebab boleh disamak,  kenapa mereka yang berpandangan demikian tidak menganjurkan sahaja pesta memegang najis sendiri selepas itu disamak dan kemudian dipegang lagi dan dibasuh.

“Ada sebab mengapa Allah meletakkan anjing dan babi itu sebagai najis mughallazah. Tapi tak, kita rasa lebih pandai daripada Allah dan rasa tak bersalah pun mempromosikan perlakuan itu.

“Bila Allah hukumkan haram maka itu ada sebabnya. Satu daripadanya yang kita dah tahu bahawa air liur anjing itu berkuman yang boleh menyebabkan kita mati atau sel otak menjadi mati seperti yang berlaku dalam kes penyakit anjing gila baru-baru ini.

“Bagaimanapun, anjing boleh dibela hanya untuk menjaga kebun atau pergi berburu saja tetapi jika tersentuh wajib juga disamak. Untuk jalan selamat, baik tak usah bela,” katanya.

 

Sumber: BH Online



Sumber “Allah suruh kita bela anak yatim tapi anjing pula yang dibela. Kitab mana yang dibaca” – Ustaz Kazim

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uzTnJs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel “Allah suruh kita bela anak yatim tapi anjing pula yang dibela. Kitab mana yang dibaca” – Ustaz Kazim

Sekianlah artikel “Allah suruh kita bela anak yatim tapi anjing pula yang dibela. Kitab mana yang dibaca” – Ustaz Kazim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Allah suruh kita bela anak yatim tapi anjing pula yang dibela. Kitab mana yang dibaca” – Ustaz Kazim dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/allah-suruh-kita-bela-anak-yatim-tapi_7.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "“Allah suruh kita bela anak yatim tapi anjing pula yang dibela. Kitab mana yang dibaca” – Ustaz Kazim"

Catat Ulasan

Loading...