Judul : ANAK DURJANA! WARGA emas wanita parah di kepala dan hampir putus jari telunjuk kiri selepas ditetak anak lelakinya dengan parang
link : ANAK DURJANA! WARGA emas wanita parah di kepala dan hampir putus jari telunjuk kiri selepas ditetak anak lelakinya dengan parang
ANAK DURJANA! WARGA emas wanita parah di kepala dan hampir putus jari telunjuk kiri selepas ditetak anak lelakinya dengan parang
WARGA emas wanita parah di kepala dan hampir putus jari telunjuk kiri selepas ditetak anak lelakinya dengan parang di Kampung Lembaga, Gua Musang, semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Che Jah Hussin, 65, terpaksa dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Krai dan terpaksa menerima lapan jahitan di kepala.
Anak perempuan mangsa, Nor Hazierah Awang, 26 berkata, sebelum kejadian, dia bersama ibu sedang berehat di rumah bersama ahli keluarga lain.
Katanya, secara tiba-tiba abangnya berusia 29 tahun datang menghampiri ibu dan terus menetak kepala.
“Abang tetak kepala ibu, dua kali dengan parang. Tetakan kedua menyebabkan jari telunjuk ibu hampir putus kerana cuba menghalang tetakan itu.
“Saya sempat menarik ibu yang dalam keadaan berlumuran darah keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.
“Selepas itu, saya lihat abang duduk di kerusi di dalam rumah sehingga polis datang menahannya,” katanya di sini, tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
“Suspek yang juga anak mangsa ditahan dan ujian air kencing suspek didapati positif dadah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah,” katanya.
sumber: hmetro
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sEX7HX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel ANAK DURJANA! WARGA emas wanita parah di kepala dan hampir putus jari telunjuk kiri selepas ditetak anak lelakinya dengan parang
Anda sekarang membaca artikel ANAK DURJANA! WARGA emas wanita parah di kepala dan hampir putus jari telunjuk kiri selepas ditetak anak lelakinya dengan parang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/anak-durjana-warga-emas-wanita-parah-di.html
0 Response to "ANAK DURJANA! WARGA emas wanita parah di kepala dan hampir putus jari telunjuk kiri selepas ditetak anak lelakinya dengan parang"
Catat Ulasan