Judul : Anak tetak ibu sendiri, kepala cedera dan jari hampir putus
link : Anak tetak ibu sendiri, kepala cedera dan jari hampir putus
Anak tetak ibu sendiri, kepala cedera dan jari hampir putus
Seorang warga emas dari Kampung Lembaga, di sini, menerima lapan jahitan di kepala dan jari telunjuknya hampir putus apabila ditetak anak dengan parang secara tiba-tiba, petang semalam.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.30 petang, mangsa, Che Jah Hussin, 65, sedang berada di rumah dan bersantai bersama dua anak yang lain serta cucu dan jirannya.
Menurut saksi yang juga anak mangsa, Nor Hazierah Awang, 26, ketika kejadian, dua abangnya berada di masjid menunaikan solat Jumaat.
Katanya, dia tidak menyangka suspek yang juga abangnya berusia 29 tahun itu bertindak di luar kawalan biarpun menyedari perubahan sikap sejak empat hari lalu.
“Sejak beberapa hari lalu, dia menunjukkan perangai pelik apabila tidak menjawab pertanyaan, ketawa tiba-tiba dan bercakap seorang diri. Sebelum ini, dia tidak pernah seperti itu walaupun seorang pendiam.
“Masa kejadian, saya berada di rumah bersama empat yang lain. Dia datang dan berdiri di hadapan ibu kemudian menetak kepala dua kali. Tetakan kedua menyebabkan jari telunjuk ibu hampir putus kerana cuba menghalang tetakan itu.
“Saya terkejut dan takut namun sempat menarik ibu keluar dari rumah. Selepas dia tetak ibu, dia duduk di kerusi seakan terkedu sehingga anggota polis tiba,” katanya lagi.
Tambah Hazierah, ibunya terus dikejarkan ke Hospital Gua Musang, selepas kejadian kerana berlaku pendarahan di kepala dan tangan.
“Kepala ibu kena lapan jahitan manakala jari telunjuknya hampir putus dan perlu dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superitendan Rajab Ahad Ismail mengesahkan kejadian terbabit dan suspek sudah dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.
Sumber: Sinar Harian
Sumber Anak tetak ibu sendiri, kepala cedera dan jari hampir putus
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sBrwqz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Anak tetak ibu sendiri, kepala cedera dan jari hampir putus
Anda sekarang membaca artikel Anak tetak ibu sendiri, kepala cedera dan jari hampir putus dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/anak-tetak-ibu-sendiri-kepala-cedera.html
0 Response to "Anak tetak ibu sendiri, kepala cedera dan jari hampir putus"
Catat Ulasan