Judul : Anggota DAP harus salahkan diktator mereka - Tengku Sariffuddin
link : Anggota DAP harus salahkan diktator mereka - Tengku Sariffuddin
Anggota DAP harus salahkan diktator mereka - Tengku Sariffuddin
Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata diktator selama setengah abad parti itu Lim, melakukan apa yang seorang diktator lakukan dengan menyalahkan orang lain, menimbulkan kebencian dan enggan memikul tanggungjawab atas salah laku beliau.
"Anggota DAP sendiri yang membuat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung ketidakteraturan yang serius dan layanan tidak adil dalam pemilihan parti. Jadi, mengapakah diktator DAP itu tidak meminta ahli-ahlinya untuk menarik balik aduan kepada RoS? Jika mereka tidak teruk dizalimi, pasti mereka akan menarik balik aduan?" katanya.
Menurut Tengku Sariffuddin, hakikatnya ialah diktator DAP itu yang secara tidak langsung yang mengesahkan pemilihan parti yang dijalankan secara tidak adil pada 2012 dan pemilihan semula pada 2013 dan membenarkan penganiayaan ke atas 753 perwakilan yang tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pemilihan - pencabulan serius hak demokrasi mereka."Beliau sendiri yang membenarkan layanan buruk ke atas kebanyakan daripada 865 cawangan DAP. Jadi mengapa beliau kini menyalahkan UMNO dan RoS atas percubaan untuk memanipulasi pemilihan DAP yang memihak kepada keluarganya?" kata beliau.
Tengku Sariffuddin juga berkata anggota DAP harus ingat bahawa RoS tidak mengiktiraf kesahihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu kerana aduan yang dibuat terhadap pemimpin DAP kerana menjalankan pemilihan parti secara tidak adil dan tidak demokratik.
Oleh kerana perkara ini belum diselesaikan, beliau berkata masa depan anak Kit Siang, Penang Official No 1, Lim Guan Eng adalah diragui.
"Ini kerana selain pertuduhan rasuah yang dihadapinya, pemilihan CEC yang mengangkatnya ke jawatan Setiausaha Agung DAP adalah tidak sah. Dan penggunaan logo roket oleh DAP juga menimbulkan keraguan.
"Ini adalah kesulitan serius yang dihadapi DAP - tetapi diktator lama setengah abad parti itu yang menjadi punca nasib malang yang melanda DAP. Beliau mendakwa percaya kepada demokrasi tetapi apabila diberi kuasa, diktator tidak boleh membantu tetapi menunjukkan belangnya yang sebenar. Inilah masa depan malang yang dihadapi oleh rakyat jika pembangkang yang dipimpin DAP mengambil alih kuasa ke atas Malaysia," kata beliau.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tFUZ6g
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Anggota DAP harus salahkan diktator mereka - Tengku Sariffuddin
Anda sekarang membaca artikel Anggota DAP harus salahkan diktator mereka - Tengku Sariffuddin dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/anggota-dap-harus-salahkan-diktator.html
0 Response to "Anggota DAP harus salahkan diktator mereka - Tengku Sariffuddin"
Catat Ulasan