Loading...
Judul : Apa Itu Penyakit Rebies?
link : Apa Itu Penyakit Rebies?
Apa Itu Penyakit Rebies?
Pada sesiapa yang pernah singgah atau tinggal di Serian, pasti akan terkenang akan kedamaian dan ketengan daerah berkenaan. Uniknya di Serian, selain daripada tempat persinggahan wajib bagi mereka yang ingin ke Utara Sarawak atau mereka yang memandu dari Utara Sarawak ke Kuching, daerah ini menyaksikan keharmonian pelbagai kaum dan etnik yang hidup aman damai sejak dahulu lagi.
Namun begitu, ketenangan daerah ini sedikit terganggu apabila secara tiba-tiba diserang oleh sejenis virus yang diberinama Rebies atau lebih dikenali sebagai virus anjing gila. Semuanya bermula apabila 3 orang kanak-kanak telah disahkan menghidap virus ini dengan 2 orang daripadanya telah meninggal dunia semalam.
Penyakit ini ialah zoonosis, bermakna penyakit ini boleh merebak daripada satu spesies kepada satu spesies yang lain, seperti daripada anjing kepada manusia dan pada kebiasaannya dengan gigitan daripada haiwan berjangkit.
Untuk manusia, penyakit anjing gila hampir selalunya membawa kematian sekiranya profilaksis pascakededahan tidak diberikan sebelum permulaan gejala teruk. Virus penyakit anjing gila menjangkiti sistem saraf pusat, akhirnya menyebabkan penyakit di otak dan kematian.
Bagaimana ianya boleh membawa maut? Virus rebies ini akan dipindahkan melalui air liur anjing yang telah dijangkiti samada melalui jilatan, titisan mahupun gigitan. Setelah virus ini menjangkiti manusia, ianya akan merebak melalui sel saraf pusat dan akan mula menyerang sel otak dalam masa yang singkat.
Walaubagaimanapun, jika kesan gigitan, jilatan mahupun titisan itu jauh daripada otak seperti di kaki, ianya akan memakan masa lebih lama untuk menyerang sel saraf otak dan akan memakan masa untuk merebak. Namun begitu, ianya banyak bergantung kepada sel imun yang terdapat dalam diri seseorang itu.
1. Tempoh masa satu hari hingga tiga hari bercirikan perubahan tingkah laku dan dikenali sebagai peringkat prodom.
2. Peringkat mengujakan, yang berlangsung selama tiga hingga empat hair. Ini ialah peringkat yang kerap dikenali sebagai penyakit anjing gila meradang kerana kecenderungan haiwan terjejas untuk menjadi hiperreaktif terhadap rangsangan luaran dan menggigit apa-apa yang dekat.
3. Peringkat kelumpuhan dan disebabkan oleh kerosakan pada neuron motor. Ketidakselarasan terlihat kerana kelumpuhan anggotaa belakang dan pelelehan dan kesukaran untuk menelan disebabkan oleh kelumpuhan otot muka dan tekak.
Ini melumpuhkan kebolehan mangsa untuk menelan, yang menyebabkan air liur melimpah dari mulut juga sebab gigitan ialah cara paling jelas untuk jangkitan merebak kerana virusnya paling tertumpu di tekak dan pipi menyebabkan kontaminasi besar terhadap air liur. Kematian biasanya disebabkan oleh henti nafas.
Apakah gejala yang sering terjadi kepada manusia sekiranya telah dijangkiti oleh virus berkenaan? Antara gejala utama yang akan berlaku kepada seseorang manusia yang telah dijangkiti adalah, demam panas dan kemurungan, keresahan melampau dan kekejangan dengan diikuti oleh air liur yang berlebihan.
Paling utama, sekiranya berlaku gejala-gejala sedemikian, dapatkan segera rawatan dari klinik atau hospital yang berhampiran. Ini kerana ada pendapat menyatakan, virus rebies ini sama bahayanya dengan serangan virus kencing tiikus yang pernah menggegarkan negara satu ketika dahulu.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tOIyG2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Apa Itu Penyakit Rebies?
Sekianlah artikel Apa Itu Penyakit Rebies? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Apa Itu Penyakit Rebies? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/apa-itu-penyakit-rebies.html
0 Response to "Apa Itu Penyakit Rebies?"
Catat Ulasan