Loading...
Judul : Aplikasi THiJARI 2.0 Lebih Menyeluruh
link : Aplikasi THiJARI 2.0 Lebih Menyeluruh
Aplikasi THiJARI 2.0 Lebih Menyeluruh
Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan aplikasi terkininya, THiJARI 2.0 sebagai usaha untuk mempelbagaikan perkhidmatan interaktif dalam talian tanpa sempadan serta boleh dicapai pada bila-bila dan di mana saja.
Aplikasi terbaru itu kini menawarkan lebih banyak kemudahan bagi kegunaan pendeposit TH termasuk berkaitan haji, sekali gus memberikan manfaat kepada jemaah haji seluruh negara seperti semakan jadual penerbangan haji.
Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya terus mengambil langkah untuk menambah baik aplikasi THiJARI yang pertama kali diperkenalkan pada 2014 di mana THiJARI 2.0 adalah versi lengkap kepada versi sebelum ini.
“Kami tidak menetapkan sebarang sasaran muat turun ketika ini namun percaya ia akan mendapat sambutan memandangkan jangkaan jumlah pengguna pintar di Malaysia yang meningkat sehingga 17.8 juta pada hujung tahun ini,” katanya pada majlis pelancaran THiJARI 2.0 di sini, semalam.
Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Johan Abdullah. Aplikasi itu turut membolehkan pendeposit menyemak status pendaftaran dan tawaran haji serta mengemas kini urusan akaun pendeposit, pendaftaran dan semakan keahlian Kelab TaHa, informasi TH, direktori, berita terkini, promosi dan e-majalah.
Beliau berkata, aplikasi itu juga menawarkan perkhidmatan baru iaitu MyQ TH di mana pelanggan dan pendeposit boleh mendapatkan nombor giliran secara dalam talian dan memilih cawangan TH berdekatan bagi membuat urusan di kaunter tanpa perlu menunggu untuk tempoh lama.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u7jcCx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Aplikasi THiJARI 2.0 Lebih Menyeluruh
Sekianlah artikel Aplikasi THiJARI 2.0 Lebih Menyeluruh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Aplikasi THiJARI 2.0 Lebih Menyeluruh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/aplikasi-thijari-20-lebih-menyeluruh.html
0 Response to "Aplikasi THiJARI 2.0 Lebih Menyeluruh"
Catat Ulasan