Judul : Bakal Jemaah Haji N.Sembilan Diingat Sempurnakan Ibadah
link : Bakal Jemaah Haji N.Sembilan Diingat Sempurnakan Ibadah
Bakal Jemaah Haji N.Sembilan Diingat Sempurnakan Ibadah
SEREMBAN – Bakal jemaah haji di Negeri Sembilan diingatkan agar menyempurnakan ibadah itu sebaik mungkin dan memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang menjalani ibadah di Tanah Suci.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan turut menasihatkan para jemaah agar menjaga tingkah laku dan memastikan kesihatan berada dalam keadaan baik.
“Bulatkan hati kita ke sana untuk beribadah, pergi dengan hati yang tenang dan lapang…kita jadi tetamu Allah SWT. Mana-mana jemaah yang pernah pergi, perkemaskan lagi ibadah manakala jemaah yang pertama kali berangkat untuk menunaikan haji, tunaikan ibadah dengan baik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus Perdana Haji musim 1438H/2017M anjuran Tabung Haji (TH) di Masjid Kariah Paroi Jaya di sini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Badlisyah Abdul Ghani.
Seramai 1,547 peserta haji dari seluruh Negeri Sembilan menghadiri kursus yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.
Sementara itu, Badlisyah berkata kursus itu diadakan secara berperingkat di 17 lokasi di seluruh negara bermula 7 hingga 16 Julai ini.
Kursus ini dikendalikan oleh 120 orang daripada Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) Negeri/Daerah dan Pembimbing Ibadat Haji (PIHTAS) yang memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para jemaah.
“Kursus selama dua hari ini adalah platform akhir kepada jemaah untuk mengulang kaji dalam bentuk praktikal sebagai persiapan sebelum bertolak menunaikan ibadah haji.
“Satu daripada objektif kursus ini adalah untuk melahirkan jemaah haji berkualiti, berilmu dan mampu melaksanakan ibadah haji dengan sempurna,” katanya dan menambah penganjuran kursus itu melibatkan anggaran kos berjumlah RM5 juta untuk seluruh negara yang merupakan tanggungjawab sosial korporat TH. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2umzwzX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Bakal Jemaah Haji N.Sembilan Diingat Sempurnakan Ibadah
Anda sekarang membaca artikel Bakal Jemaah Haji N.Sembilan Diingat Sempurnakan Ibadah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/bakal-jemaah-haji-nsembilan-diingat.html
0 Response to "Bakal Jemaah Haji N.Sembilan Diingat Sempurnakan Ibadah"
Catat Ulasan