Loading...
Judul : Banduan Bebas Gara-Gara Kesilapan Isi Borang
link : Banduan Bebas Gara-Gara Kesilapan Isi Borang
Banduan Bebas Gara-Gara Kesilapan Isi Borang
GARA-GARA kesilapan mengisi borang, seorang banduan dilepaskan daripada penjara lebih awal daripada tempoh yang sepatutnya.
Ratson Dodd yang disabitkan kesalahan hampir menikam mati Jerrel Holland dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun pada November lalu.
Bagaimanapun Dodd, 25, dibebaskan selepas sembilan bulan menjalani hukuman disebabkan kesilapan staf mahkamah mengisi borang tempoh penjara yang perlu dilaksanakan.
Ekoran kesilapan itu, Jabatan Kehakiman mengeluarkan waran tangkap untuk memburu lelaki berkenaan yang dipercayai bersembunyi dan mengambil kesempatan atas kesilapan tersebut.
Mangsa jenayah Dodd, Holland berkata, dia ada melihat Dodd di North London beberapa minggu lalu.
Ayahnya, Alex mengakui terkejut apabila mengetahui lelaki yang hampir meragut nyawa anaknya.
"Apa yang berlaku?
"Apabila anak saya melihat Dodd di dalam kereta, dia menyangka dia ternampak hantu kerana Dodd sepatutnya berada di dalam penjara," katanya menurut The Sun.
Dodd menikam Holland dalam pergaduhan di Islington pada tahun lalu.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah dan telah dibawa ke Hospital Whitechapel, kini telah sembuh sepenuhnya.
Kementerian Kehakiman memberitahu pihak media bahawa kesilapan sedemikian jarang berlaku tetapi pihaknya tetap mengambil serius berhuhung kes tersebut.
“Kami sedang menyiasat kes ini dan kami akan memastikan kesilapan seperti ini tidak berlaku lagi kerana keselamatan orang awam adalah keutamaan kami," jelas kementerian berkenaan.- mStar
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uEQ9Dk
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Banduan Bebas Gara-Gara Kesilapan Isi Borang
Sekianlah artikel Banduan Bebas Gara-Gara Kesilapan Isi Borang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Banduan Bebas Gara-Gara Kesilapan Isi Borang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/banduan-bebas-gara-gara-kesilapan-isi.html
0 Response to "Banduan Bebas Gara-Gara Kesilapan Isi Borang"
Catat Ulasan