Loading...

"Biarlah apa orang nak kata, bagi anak perempuan free-lah... saya tak kisah" - Ayah

Loading...
"Biarlah apa orang nak kata, bagi anak perempuan free-lah... saya tak kisah" - Ayah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Biarlah apa orang nak kata, bagi anak perempuan free-lah... saya tak kisah" - Ayah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Biarlah apa orang nak kata, bagi anak perempuan free-lah... saya tak kisah" - Ayah
link : "Biarlah apa orang nak kata, bagi anak perempuan free-lah... saya tak kisah" - Ayah

Baca juga


"Biarlah apa orang nak kata, bagi anak perempuan free-lah... saya tak kisah" - Ayah

Bila sebut mengenai majlis perkahwinan, ramai yang akan terfikir mengenai kenduri dan jamuan secara besar-besaran di dewan ataupun di hotel-hotel mewah. Itulah senario yang berlaku pada masa kini dan telah menjadi trend masyarakat di negara ini.

Namun, lain pula yang berlaku kepada pasangan ini di mana majlis yang diadakan dilaksanakan secara sederhana. Majlis seperti ini mungkin dianggap "Taboo" oleh kebanyakan keluarga, namun sebenarnya inilah majlis yang dituntut oleh agama Islam. Semoga menjadi pengajaran kepada semua...

TIADA persalinan gah.
Tiada persandingan.
Tiada hantaran beribu.
Tiada dulang berbaris.
Tiada jemputan.
Tiada kenduri-kendara.
Majlis pernikahan pun tiada.
Hanya akad nikah semata.

Tiada belanja besar untuk hari bahagia pasangan berusia awal 20-an dari Cheras.

Pernikahan itu berlangsung di Masjid An-Najihin, Bandar Sri Permaisuri dan dihadiri keluarga terdekat dan rakan-rakan pasangan muda itu.

Hanya sebentuk cincin dan manisan duduk di atas dulang yang dibawa pihak lelaki… tanpa sebarang hantaran.
loading...

Mas kahwin pula hanya RM100 disediakan pihak lelaki, lebih RM20 dari ketetapan mas kahwin untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pengantin perempuan manis berbaju kurung putih, manakala pengantin lelaki hanya mengenakan kurta putih, seluar hitam dan songkok.

Ahli keluarga pengantin perempuan juga berpakaian ala kadar.

Pernikahan ‘sempoi’ itu diilhamkan sendiri oleh bapa kepada pengantin perempuan, seorang pengurus besar stesen televisyen tersohor Malaysia.

Kewangan bukan masalah bagi meraikan perkahwinan anak sulungnya dengan gilang-gemilang, tetapi mengakui keputusan itu diambil bersandarkan pengalaman sendiri suatu ketika dahulu.

“Saya ni orang susah dahulu. Waktu saya nak kahwin, saya terpaksa buat pinjaman peribadi. Saya turut menjual share saya di akhbar Utusan ketika bertugas di sana waktu itu,” jelas bapa kepada empat orang anak itu.

kahwin-01

Baginya, tindakan tidak membazir ini bakal memudahkan perjalanan hidup anak sulungnya kelak.

“Saya tak mahu anak saya melalui liku hidup sama seperti yang saya lalui. 16 tahun kerja, barulah mampu nak beli rumah sendiri. Betapa sukarnya nak menyara keluarga, dalam masa sama membayar semula pinjaman peribadi dan hutang rumah dan kereta. Apatah lagi dengan gaji sederhana hidup di tengah bandar,” jelasnya.

Peribahasa “biar mati anak, jangan mati adat” tidak terpakai dalam keputusan mengahwinkan anaknya itu.

Dia juga tidak ambil pusing pandangan masyarakat terhadap keputusan yang diambil.

“Biarlah apa orang nak kata, bagi anak perempuan free-lah, ada yang pandang seronglah, saya tak kisah. Saya tahu apa yang saya lakukan demi kebaikan anak saya sendiri.”

Jelasnya, “Bukan saya menentang adat, tetapi saya lebih sayang anak saya. Duit yang ada, lebih baik guna untuk kegunaan anak saya selepas perkahwinan.”

Pasangan itu cukup beruntung apabila bapa pengantin perempuan menyediakan wang pendahuluan untuk membeli rumah kelak dan juga sebuah kereta sebagai hadiah perkahwinan mereka.

Dia mengharapkan hadiah berkenaan dapat memudahkan urusan rumah tangga anaknya yang baru dibina.

✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sAFA7Z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel "Biarlah apa orang nak kata, bagi anak perempuan free-lah... saya tak kisah" - Ayah

Sekianlah artikel "Biarlah apa orang nak kata, bagi anak perempuan free-lah... saya tak kisah" - Ayah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Biarlah apa orang nak kata, bagi anak perempuan free-lah... saya tak kisah" - Ayah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/biarlah-apa-orang-nak-kata-bagi-anak_3.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to ""Biarlah apa orang nak kata, bagi anak perempuan free-lah... saya tak kisah" - Ayah"

Catat Ulasan

Loading...