Judul : Bukan Semua Orang Nak Mendoakan Kita Yang BaikBaik Fiza Halim
link : Bukan Semua Orang Nak Mendoakan Kita Yang BaikBaik Fiza Halim
Bukan Semua Orang Nak Mendoakan Kita Yang BaikBaik Fiza Halim
Selepas tersebar berita perkahwinannya dengan seorang juruterbang duda, Fiza Halim akhirnya tampil untuk menjelaskan status dirinya. Menurut Fiza, mereka berdua telah bernikah pada Disember 2016. Sudah agak lama juga sebenarnya, namun pernikahan ini telah disembunyikan daripada pengetahuan ramai dan hanya diketahui oleh keluarga terdekat sahaja.
Menurut Fiza, dia enggan memaklumkan kepada semua orang tentang perkahwinan ketiganya ini kerana sebab-sebab tertentu. Cukuplah hanya Allah sahaja mengetahui yang mereka berdua sudah berkahwin. Untuk makluman, Fiza telah dinikahkan di Cyberjaya (kediaman adiknya) dengan suaminya yang bernama Al Jefri Abdul Kudus. Kata Fiza:-
Alhamdulillah, ya memang saya sudah berkahwin dengan seorang lelaki berstatus duda anak dua pada akhir tahun lalu. Dia bertugas sebagai juruterbang di sebuah syarikat penerbangan swasta sejak sembilan tahun lalu.
Saya bersyukur dan bahagia sungguh pun pelbagai gosip, cacian dan tomahan yang dilemparkan sebelum ini. Saya tidak berniat untuk merahsiakan daripada semua orang, tapi saya mahu mendahulukan keluarga.
Biar Allah sahaja yang tahu hubungan kami halal, buat apa nak cerita sana sini? Bukan semua orang nak mendoakan kita yang baik-baik.
Kita selaku peminat haruslah cuba memahami perasaan Fiza Halim. Sudah pasti ada permintaan dari keluarga dan juga sebab peribadi sehingga Fiza merahsiakan perkara bahagia ini. Yang penting, kita doakan kebahagiaan serta doakan agar perkahwinan ini kekal buat selamanya. Kata Fiza lagi:-
Buat semua peminat mohon doakan kebahagian kami kekal dan harap ini kali perkahwinan terakhir sebelum kami tutup mata. Kami berdua akan cuba yang terbaik untuk perkahwinan kali ni dan akan saling memahami, bertolak ansur dan yang paling penting bersabar dalam apa jua keadaan. Fahami erti hidup dan lettakkan Allah dalamm hati, insya-Allah semua akan berjalan lancar.
Semoga kebahagiaan yang dicari oleh Fiza ditemui di dalam perkahwinan ini. Sama-sama kita doakan. Sumber Mstar Online.
Sumber: Beautifulnara
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uCJnxX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Bukan Semua Orang Nak Mendoakan Kita Yang BaikBaik Fiza Halim
Anda sekarang membaca artikel Bukan Semua Orang Nak Mendoakan Kita Yang BaikBaik Fiza Halim dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/bukan-semua-orang-nak-mendoakan-kita.html
0 Response to "Bukan Semua Orang Nak Mendoakan Kita Yang BaikBaik Fiza Halim"
Catat Ulasan