Judul : Caixin PMI Sektor Perkhidmatan China Meleset Dari Jangkaan Pada Jun
link : Caixin PMI Sektor Perkhidmatan China Meleset Dari Jangkaan Pada Jun
Caixin PMI Sektor Perkhidmatan China Meleset Dari Jangkaan Pada Jun
Sektor perkhidmatan China melemah bulan lalu, menunjukkan bukti bahawa ekonomi yang semakin perlahan khususnya dalam sektor perkhidmatan ekonomi kedua terbesar dunia ini.
Indeks PMI Caixin China merosot kepada 51.6 pada Jun jauh di bawah jangkaan pasaran 52.9. Sebelum ini pada Mei data merekod bacaan 52.8.
Sebarang bacaan yang berada di atas 50 menunjukkan aktiviti yang berkembang dan keadaan perniagaan yang baik dan sebaliknya bacaan di bawah 50.
Sektor bukan pembuatan kini menjadi fokus kerajaan China dalam usaha mempelbagaikan sumber ekonomi mereka agar tidak terlalu bergantung kepada eksport dan pelaburan. Seperti yang kita tahu China adalah negara pengeksport dan mempunyai sektor pembuatan terbesar di dunia dan sejak beberapa dekad lalu fokus mereka adalah kepada sektor ini.
Minggu lalu, indeks Caixin sektor pembuatan meningkat semula pada Jun selepas kemelesetan pertama dicatat pada Mei selama hampir setahun. Indeks ini meningkat kepada 50.4 dari 49.6.
Walaupun ia meningkat semula, sektor pembuatan dijangka akan menjadi semakin suram dan memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa terdekat.
Bank pusat pada Selasa berkata bahawa ekonomi dan pasaran kewangan adalah stabil, walaupun keadaan keseluruhan masih kompleks. Bank pusat akan berusaha menyediakan pertumbuhan kredit bagi menyokong ekonomi.
Kini data pertumbuhan ekonomi China pada suku kedua akan menjadi tumpuan yang akan dikeluarkan pada 17 Julai. Sebelum ini China merekod 6.9% pertumbuhan pada suku pertama yang melebihi jangkaan pasaran.
The post Caixin PMI Sektor Perkhidmatan China Meleset Dari Jangkaan Pada Jun appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sKUFPp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Caixin PMI Sektor Perkhidmatan China Meleset Dari Jangkaan Pada Jun
Anda sekarang membaca artikel Caixin PMI Sektor Perkhidmatan China Meleset Dari Jangkaan Pada Jun dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/caixin-pmi-sektor-perkhidmatan-china.html
0 Response to "Caixin PMI Sektor Perkhidmatan China Meleset Dari Jangkaan Pada Jun"
Catat Ulasan