Loading...
Judul : Contohi CIMB beri suami cuti sebulan: Pemuda Pas
link : Contohi CIMB beri suami cuti sebulan: Pemuda Pas
Contohi CIMB beri suami cuti sebulan: Pemuda Pas
Sinar Harian
Gambar hiasan
SHAH ALAM - Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta sewajarnya mencontohi CIMB Bank Berhad yang memberi pengenalan cuti bersalin selama sebulan bergaji kepada para suami yang menerima kelahiran pertama.
Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, ini dilihat mampu menjadi usaha dalam menyumbang kepada kesejahteraan dan kualiti hidup.
"Ia langkah yang wajar dicontohi GLC dan syarikat swasta lain dalam mengukuhkan lagi institusi keluarga dalam negara.
"Pemberian cuti sedemikian wajar agar suami sendiri dapat memberi tumpuan kepada isteri dan anak selain mengurangkan ‘penswastaan’ penjagaan," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, ia merupakan ‘pengalaman pertama’ terpenting sekali gus sebagai perspektif dan penanda aras hala tuju serta pembawaan kelangsungan keluarga bahagia yang menjadi fitrah manusia, apatah lagi dalam tempoh tersebut selalunya perlu menjalani beberapa disiplin dan rutin selain rujukan pemeriksaan perubatan berkaitan.
Katanya, ia masa berkualiti yang sukar dibeli dan menjadi pengikat kasih sayang pasangan serta menceriakan keluarga dalam membentuk masyarakat madani yang diimpikan.
"Oleh itu, tujuan pembentukan keluarga yang antaranya menekankan kehadiran sakinah, mawaddah dan rahmah akan tercapai dari inisiatif, insentif dan keprihatinan seperti dilaksanakan CIMB.
"Lebih lagi di era ini yang mencatatkan statistik tinggi perceraian, kes seperti rempit, dadah, kelahiran luar nikah dan sebagainya," katanya.
Terdahulu, CIMB memperkenalkan cuti paterniti berbayar selama sebulan kepada warga kerjanya di bawah dasar yang ditambah baik, untuk membolehkan golongan bapa meluangkan lebih banyak masa bersama anak pertama mereka, dan berkongsi tanggungjawab dalam menyambut kelahiran baharu.
Mengikut dasar baharu itu, cuti paterniti berbayar dinaikkan daripada tiga hari bekerja berturut-turut kepada sebulan (30 hari berturut-turut mengikut kalendar).
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uUNuWi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Contohi CIMB beri suami cuti sebulan: Pemuda Pas
Sekianlah artikel Contohi CIMB beri suami cuti sebulan: Pemuda Pas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Contohi CIMB beri suami cuti sebulan: Pemuda Pas dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/contohi-cimb-beri-suami-cuti-sebulan.html
0 Response to "Contohi CIMB beri suami cuti sebulan: Pemuda Pas"
Catat Ulasan