Loading...

Cuepacs mahu bajet tumpu penjawat awam miliki rumah

Loading...
Cuepacs mahu bajet tumpu penjawat awam miliki rumah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cuepacs mahu bajet tumpu penjawat awam miliki rumah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cuepacs mahu bajet tumpu penjawat awam miliki rumah
link : Cuepacs mahu bajet tumpu penjawat awam miliki rumah

Baca juga


Cuepacs mahu bajet tumpu penjawat awam miliki rumah

Sinar Harian
Cuepacs
Cuepacs
KUCHING - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) memohon supaya kerajaan memberi lebih banyak tumpuan kepada usaha bagi membolehkan setiap penjawat awam memilik keupayaan untuk membeli rumah pada pembentangan Bajet 2018.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pihak kesatuan menyambut baik dan amat menghargai komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memastikan setiap penjawat awam memiliki rumah sendiri, namun beberapa isu perlu diberi perhatian bagi menjayakannya.

Beliau berkata beberapa kesukaran penjawat awam dalam isu ini memerlukan pertimbangan kerajaan dalam pelbagai aspek, misalnya dari segi harga rumah, keterdapatan, isu syarat-syarat pinjaman, dan juga dari segi kemampuan penjawat awam sendiri.

Katanya pihak kesatuan amat menghargai inisiatif kerajaan mewujudkan program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang merupakan hasil cetusan idea Perdana Menteri, dan berharap ia dapat dikembangkan dengan lebih meluas lagi di bandar-bandar utama di Sarawak.

“Ia akan membantu kelestarian kehidupan penjawat awam sendiri, dan kita minta kerajaan pastikan harga rumah tidak naik terlalu tinggi terlalu pantas, sehingga menjadikan gaji penjawat awam tidak dapat menampungnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Bersama Jabatan Pegawai Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Sarawak di Auditorium Pustaka Negeri di sini hari ini.

PPA1M adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang dilancarkan pada awal tahun 2013 sebagai inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah yang selesa dari aspek saiz, reka bentuk, kualiti dan kos yang bersesuaian untuk mereka, khususnya di bandar-bandar utama.

Kerajaan menyasarkan untuk menyediakan 200,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), melebihi sasaran asal 100,000 unit di seluruh negara menjelang 2020, dan sehingga kini hampir 3,563 unit PPA1M telah siap dan diduduki.

Azih berkata Cuepacs juga memohon supaya bajet 2018 turut memberi pertimbangan kepada beberapa perlepasan cukai buat penjawat awam, selaras dengan pelaksanaan kutipan GST oleh kerajaan ketika ini.

Beliau memberi contoh perlepasan cukai individu yang mungkin boleh dinaikkan, perlepasan cukai untuk anak-anak yang masih belajar, termasuk di university, perlepasan terhadap perbelanjaan menjaga ibu-bapa dan sebagainya.

Katanya Cuepacs turut meminta supaya kerajaan menimbangkan untuk membuat semakan semula terhadap perubahan gaji kakitangan awam, khususnya selepas kerajaan selesai melaksanakan proses semakan 240 skim perkhidmatan ketika ini. - Bernama



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sRUbIl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Cuepacs mahu bajet tumpu penjawat awam miliki rumah

Sekianlah artikel Cuepacs mahu bajet tumpu penjawat awam miliki rumah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cuepacs mahu bajet tumpu penjawat awam miliki rumah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/cuepacs-mahu-bajet-tumpu-penjawat-awam_12.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Cuepacs mahu bajet tumpu penjawat awam miliki rumah"

Catat Ulasan

Loading...