Loading...
Judul : Dakapan Terakhir Ibu, Bayi Perempuan Berusia 4 Bulan Meninggal Dunia Akibat Tersedak Susu Di Rumah Pengasuh..
link : Dakapan Terakhir Ibu, Bayi Perempuan Berusia 4 Bulan Meninggal Dunia Akibat Tersedak Susu Di Rumah Pengasuh..
Dakapan Terakhir Ibu, Bayi Perempuan Berusia 4 Bulan Meninggal Dunia Akibat Tersedak Susu Di Rumah Pengasuh..
SHAH ALAM: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan yang juga anak kepada wartawan akhbar Sinar Harian, meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di rumah pengasuhnya di Seksyen 19, di sini Isnin. lapor Sinar Harian.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30tengah hari, Aira Amira Nurul Ridhuan yang merupakan cahaya mata sulung pasangan wartawan Sinar Harian, Nurul Ridhuan Nor Ashaha, 32, dan Norhafiza Che Abdullah, 27, dikatakan tidak sedarkan diri ketika dikejutkan oleh pengasuhnya.
Menurut Nurul Ridhuan, sebelum kejadian, anak perempuannya itu tidur di dalam buaian selepas diberikan susu oleh pengasuh.
"Kira-kira pukul 9 pagi tadi saya hantar anak ke rumah pengasuh, namun pada pukul 1.30 tengah hari, pengasuh menghubungi saya dan memaklumkan anak saya tidak sedarkan diri sebelum pengasuh membawa Aira ke klinik berdekatan dan pihak klinik kemudian menghantar Aira ke Hospital Shah Alam (HSA).
"Doktor hospital kemudiannya mengesahkan anak saya telah pun meninggal dunia kira-kira pukul 3.10 petang," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Isnin.
Nurul Ridhuan berkata pihak hospital akan melakukan bedah siasat ke atas mayat anaknya malam ini sebelum jenazah dibawa pulang ke kampung halamannya di Felda Besout, Sungkai, Perak untuk dikebumikan.
Beliau mengakui masih di dalam keadaan terkejut dan sedih dengan kejadian itu, namun tetap reda dengan pemergian anak sulungnya.
"Saya baru mula bekerja hari ini selepas bercuti seminggu menyambut hari raya bersama keluarga di kampung," katanya dalam keadaan sebak.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat ketika dihubungi Bernama mengesahkan polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 3.35 petang daripada pihak hospital.
"Buat masa ini, polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian dan sebarang tindakan susulan bergantung kepada laporan bedah siasat itu," katanya.
-Pen Merah Press.
-Pen Merah Press.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tLb1N6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Dakapan Terakhir Ibu, Bayi Perempuan Berusia 4 Bulan Meninggal Dunia Akibat Tersedak Susu Di Rumah Pengasuh..
Sekianlah artikel Dakapan Terakhir Ibu, Bayi Perempuan Berusia 4 Bulan Meninggal Dunia Akibat Tersedak Susu Di Rumah Pengasuh.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dakapan Terakhir Ibu, Bayi Perempuan Berusia 4 Bulan Meninggal Dunia Akibat Tersedak Susu Di Rumah Pengasuh.. dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/dakapan-terakhir-ibu-bayi-perempuan.html
0 Response to "Dakapan Terakhir Ibu, Bayi Perempuan Berusia 4 Bulan Meninggal Dunia Akibat Tersedak Susu Di Rumah Pengasuh.."
Catat Ulasan