Loading...
Judul : Daripada Kem Pelarian Kini Bergelar Juruterbang
link : Daripada Kem Pelarian Kini Bergelar Juruterbang
Daripada Kem Pelarian Kini Bergelar Juruterbang
KABUL: Seorang wanita yang dilahirkan di sebuah kem pelarian Afghanistan hampir tiga dekad lalu kini menjadi inspirasi kepada wanita lain untuk mengikut jejak langkahnya.
Shaesta Waiz, 29, merupakan wanita pertama Afghanistan yang memiliki kelayakan sebagai seorang juruterbang.
Portal BBC melaporkan, dia yang dalam ‘perjalanan’ mengelilingi dunia secara solo kini menyasarkan untuk menjadi wanita paling muda berbuat demikian.
Memulakan penerbangan dari Florida pada 13 Mei lalu, Shaesta yang mengikut keluarganya berpindah ke Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berhasrat mengunjungi 19 buah negara dengan menaiki pesawat Beechcraft Bonanza A36 miliknya.
“Semasa kecil, saya selalu bercita-cita untuk memasuki kolej, namun saya mungkin berkahwin pada usia yang muda dan memiliki keluarga. Bagaimanapun, saya akhirnya menemukan sesuatu yang benar-benar saya minati iaitu terbang,” kata wanita yang dibesarkan di Richmond, California itu.
Shaesta yang kini singgah di negara kelahirannya, Afghanistan ternyata begitu gembira berpeluang berbuat demikian.
“Sudah 29 tahun berlalu dan peluang untuk kembali ke negara kelahiran sebagai juruterbang yang memberi inspirasi kepada semua orang benar-benar membuatkan saya gembira berada di sini,” katanya.
Jelas pengasas organisasi bukan berasaskan keuntungan yang dikenali sebagai Dreams Soar itu, dia mahu terbang ke seluruh dunia untuk membantu memberi inspirasi kepada para gadis dan wanita bagi menyambung pengajian mereka dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.
“Tidak kisah bagaimana sekali pun latar belakang kamu, apa yang penting ialah, kamu perlu memiliki impian dan bekerja keras untuk mencapai impian itu,” katanya yang merupakan individu pertama dalam kalangan ahli keluarganya yang memperoleh ijazah sarjana serta sarjana muda.
Selepas meninggalkan Afghanistan, Shaesta dijangka terbang mengelilingi Asia dan Australia sebelum kembali semula ke Florida.
- Utusan Malaysia
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tH41PZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Daripada Kem Pelarian Kini Bergelar Juruterbang
Sekianlah artikel Daripada Kem Pelarian Kini Bergelar Juruterbang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Daripada Kem Pelarian Kini Bergelar Juruterbang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/daripada-kem-pelarian-kini-bergelar.html
0 Response to "Daripada Kem Pelarian Kini Bergelar Juruterbang"
Catat Ulasan