Loading...
Judul : Doktor Meninggal Dunia Akibat Bekerja Tanpa Henti 4 Hari Berturut-Turut Bagi Menggantikan Kerja Rakan Setugannya Bercuti Berhari Raya..
link : Doktor Meninggal Dunia Akibat Bekerja Tanpa Henti 4 Hari Berturut-Turut Bagi Menggantikan Kerja Rakan Setugannya Bercuti Berhari Raya..
Doktor Meninggal Dunia Akibat Bekerja Tanpa Henti 4 Hari Berturut-Turut Bagi Menggantikan Kerja Rakan Setugannya Bercuti Berhari Raya..
Kerjaya doktor memerlukan kepakaran dan profesionalisme yang tinggi dalam memberikan bantuan memulihkan pesakit dengan sebaik mungkin.
Dalam menjalankan tugas mereka, pengorbanan yang tinggi tanpa mengenal penat dan lelah amat diperlukan.
Malangnya, dunia perubatan dikejutkan dengan kehilangan seorang doktor yang sangat dedikasi dan komited dengan kerjayanya pada 26 Jun 2017 di sebuah hospital di Jakarta, Indonesia kerana bekerja secara berlebihan.
Doktor Stefanus Toafik dari Bintaro Jaya, Jakarta, Indonesia telah bertindak bertugas secara sukarela menggantikan waktu kerja rakan setugasnya yang bercuti sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Oleh kerana kekurangan kakitangan, pakar aneasthesiologi yang berusia 35 tahun ini telah bekerja tanpa henti selama empat hari berturut-turut. Di samping itu beliau juga terpaksa bergegas dan membantu dua hospital berdekatan yang lain dalam masa yang sibuk dan ketat.
Amat tragik, selepas dalam keadaan kerja yang amat menekan selama empat hari, doktor yang amat komited ini didapati telah rebah ketika sedang berehat dan menghembuskan nafas terakhirnya di wad hospital tempat beliau mendedikasikan kerjaya kedoktorannya pada tanggal 26 Jun 2017.
Hasil bedah siasat mendapati punca kematian Doktor Stefanus Toafik adalah kerana kegagalan jantung untuk berfungsi akibat kekurangan rehat yang mencukupi.
Metro Tempo melaporkan yang punca kematian doktor tersebut mungkin disebabkan oleh sindrom brugada yang berpunca dari penyakit genetik yang meningkatkan lagi risiko kematian berkaitan jantung secara mengejut.
Pengidap penyakit ini biasanya hidup normal tetapi serangan jantung boleh berlaku dengan kerap apabila mereka sedang tidur dan biasanya ia lebih dihidapi oleh kaum lelaki.
Dengan kematian mengejut Doktor Stefanus, ia menjadi lebih tragik apabila secara tiba-tiba isteri dan anak lelakinya yang berumur satu tahun telah kehilangan suami dan bapa yang penyayang.
Kisah tragik Doktor Stefanus ini memberi pengajaran kepada semua bahawa kerja yang berlebihan tanpa waktu rehat yang cukup itu mungkin boleh menyebabkan kematian mengejut dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja walaupun seseorang itu dikatakan sihat dan berkeupayaan.
Kes tentang kematian mengejut golongan muda kerana bekerja secara berlebihan ini bukanlah perkara baru. Salah satu kisah yang popular ialah apabila seorang pekerja wanita berbangsa Jepun telah membunuh diri kerana kerja berlebihan tanpa henti.
Takziah untuk keluarga Dr. Stefanus Toafik. Dunia telah kehilangan seorang doktor yang sangat bertanggungjawab dan komited dalam kerjayanya.- Pen Merah Press.
Kredit:Jawa Pos, Metro Tempo, Era Baru.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tKKyhH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Doktor Meninggal Dunia Akibat Bekerja Tanpa Henti 4 Hari Berturut-Turut Bagi Menggantikan Kerja Rakan Setugannya Bercuti Berhari Raya..
Sekianlah artikel Doktor Meninggal Dunia Akibat Bekerja Tanpa Henti 4 Hari Berturut-Turut Bagi Menggantikan Kerja Rakan Setugannya Bercuti Berhari Raya.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Doktor Meninggal Dunia Akibat Bekerja Tanpa Henti 4 Hari Berturut-Turut Bagi Menggantikan Kerja Rakan Setugannya Bercuti Berhari Raya.. dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/doktor-meninggal-dunia-akibat-bekerja.html
0 Response to "Doktor Meninggal Dunia Akibat Bekerja Tanpa Henti 4 Hari Berturut-Turut Bagi Menggantikan Kerja Rakan Setugannya Bercuti Berhari Raya.."
Catat Ulasan