Loading...

Ekonomi Malaysia Mammpu Tumbuh Sehingga 5 Peratus

Loading...
Ekonomi Malaysia Mammpu Tumbuh Sehingga 5 Peratus - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ekonomi Malaysia Mammpu Tumbuh Sehingga 5 Peratus, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ekonomi Malaysia Mammpu Tumbuh Sehingga 5 Peratus
link : Ekonomi Malaysia Mammpu Tumbuh Sehingga 5 Peratus

Baca juga


Ekonomi Malaysia Mammpu Tumbuh Sehingga 5 Peratus



Ekonomi Malaysia mampu mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lima peratus atau lebih pada tahun ini berdasarkan prestasi yang dicapai pada separuh pertama 2017. 

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, keadaan ekonomi negara ketika ini berada pada landasan yang baik berikutan beberapa faktor termasuk kestabilan harga minyak.

“Prestasi ekonomi negara adalah amat baik dan saya secara peribadi berasakan bahawa kita mampu mencapai pertumbuhan KDNK lima peratus atau lebih, didorong kekukuhan persekitaran ekonomi, peningkatan eksport, pelaburan serta kewujudan peluang pekerjaan.

“Kita turut melihat peningkatan harga minyak pada paras AS$47 dan AS$50 setong dan saya berpendapat ringgit juga akan (mencatat prestasi) lebih baik,” katanya selepas melancarkan Program Pemacu Global Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC Datuk Ashran Ghazi. Kenyataan Mohd Irwan itu bagi mengulas laporan media kewangan antarabangsa, Bloomberg bertajuk The Ringgit Is Easily Asia’s Strongest Currency yang menyenaraikan ringgit sebagai mata wang utama Asia paling kukuh bagi tempoh suku pertama tahun ini.

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan 5.6 peratus pada suku pertama tahun ini, didorong permintaan domestik serta perbelanjaan swasta yang kukuh. Beliau juga menegaskan ekonomi negara tidak pernah berada dalam keadaan buruk dan kelembapan ekonomi yang berlaku itu disebabkan ketidaktentuan harga minyak serta sentimen pasaran global.

Ditanya sama ada Malaysia akan menyemak semula unjuran KDNK, Mohd Irwan berkata, kerajaan turut mengadakan pertemuan dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Bank Negara Malaysia untuk melihat kewajaran langkah itu dalam Bajet 2018 yang dijadual dibentangkan pada 27 Oktober depan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi catatan terbaru di blog beliau berkata, Malaysia tetap berupaya mencapai banyak kejayaan yang boleh dibanggakan meskipun berdepan cabaran termasuk ketidaktentuan pasaran antarabangsa dan kejatuhan harga minyak.

Perdana Menteri berkata, secara keseluruhan, prestasi ekonomi negara bagi suku pertama 2017 kekal stabil serta kukuh dan berkembang 5.6 peratus dengan pelaburan langsung asing (FDI) meningkat kepada RM17 bilion.

Dalam perkembangan lain, Mohd Irwan berkata, 56 peserta dari 11 negara terpilih untuk menyertai GAP yang julung kali diadakan bagi membantu peserta menembusi pasaran ASEAN dan mampu menarik pelabur dalam tempoh empat bulan.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sE5WpE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Ekonomi Malaysia Mammpu Tumbuh Sehingga 5 Peratus

Sekianlah artikel Ekonomi Malaysia Mammpu Tumbuh Sehingga 5 Peratus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ekonomi Malaysia Mammpu Tumbuh Sehingga 5 Peratus dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/ekonomi-malaysia-mammpu-tumbuh-sehingga.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ekonomi Malaysia Mammpu Tumbuh Sehingga 5 Peratus"

Catat Ulasan

Loading...