Judul : Enam Jenis Krim Yang Ada di Pasaran, Kenali Setiap Satu & Kegunaannya, Jangan Hanya Terus Sapu Di Kulit Sahaja
link : Enam Jenis Krim Yang Ada di Pasaran, Kenali Setiap Satu & Kegunaannya, Jangan Hanya Terus Sapu Di Kulit Sahaja
Enam Jenis Krim Yang Ada di Pasaran, Kenali Setiap Satu & Kegunaannya, Jangan Hanya Terus Sapu Di Kulit Sahaja
Ini kerana terdapat banyak jenis krim yang ada di luar sana, dan kegunaannya adalah berbeza setiap satu darinya.
Menerusi perkongsian dari Khairul Faizie Mohammad Kamar, terdapat beberapa jenis ubat krim, dan ia harus digunakan dengan betul, sesuai dengan sakit yang dihidapi.
Mari kita lihat akan perbezaan krim-krim yang ada.
Jenis-Jenis Ubat Krim
Saya kongsi kan secara mudah, tentang jenis jenis ubat krim yang anda biasa dapat kalau jumpa doktor / pergi farmasi.
Secara jujurnya, jangan sewenang-wenang nya pergi beli di farmasi sebarang jenis krim.Dapat kan nasihat doktor. Anda wajib tahu apa yang anda sapu di kulit anda. Anda ada tanggungjawab/ amanah atas tubuh badan yang Allah pinjamkan ini.
Saya bahagikan krim kepada 6 jenis utk mudah faham:
1- STEROID CREAM
2- ANTI FUNGAL CREAM
3- ANTIBIOTIC CREAM
4- COMBINATION OF CREAM
5- ANTI VIRAL CREAM
6- MOISTURIZING CREAM
Krim krim ini pulak sebenarnya di sediakan oleh syarikat ubat dalam beberapa persediaan (preparation). Kita panggil " krim", tapi ada beberapa persediaan " krim" ini, iaitu:
1- OINTMENT
2- CREAM
3- LOTION / GEL
Jadi, bila dapat "krim", tengok persediaan nya, adakah ianya cream? ointment ? lotion?
Next kita kenali pula jenis jenis krim itu, macam yang saya tulis kat atas, ada 6 jenis.
Secara umum nya digunakan utk merawat keradangan ( inflammation) pada kulit. Contoh paling tipikal utk merawat eczema.
Bagaimana nak tahu steroid cream? Perhatikan nama saintifik cream itu ( bukan brand name). Nama saintifik nya berakhir dengan " SONE".
- Hydrocortisone - Clobetasone - Mometasone - Fluticasone - Betamethasone.
Krim steroid ini ada kelas nya. Kelas satu paling kurang power, dan makin tinggi kelas, makin power ( potent) lah ia. Rujuk gambar utk kenali kelas-kelas krim steroid ini.
Krim krim steroid juga secara umumnya tak boleh di sapu secara berterusan utk terlalu lama. Lama tu maksudnya > 2 weeks.
Apa komplikasi tepek steroid cream terlalu lama( prolonged used on skin)? Antaranya kulit akan menipis, rosak ( atrophy), kulit hilang pigmen ( hypopigmentation), kulit itu jadi alah pula pada krim yg disapu ( allergic reaction ), meninggikan risiko jangkitan ( infection), dan kalau di sapu di kawasan yg besar, ada risiko sapuan krim steroid luaran itu di serap dlm badan (systemic absorption).
2) ANTI FUNGAL CREAM
Bagaimana nak kenal anti fungal cream? Perhatikan nama saintifik cream itu, berakhir dengan "ZOLE".
- Miconazole - Clotrimazole - Econazole - Ketoconazole - Fluconazole
Rujuk gambar utk tengok contoh2 anti fungal yg biasa di pasaran Malaysia.
3) ANTIBIOTIC CREAM
Bagaimana nak kenal antibiotic krim? Perhatikan nama saintifik cream itu, kebanyakkan nya berakhir dengan " IN"
Contohnya:
- Gentamicin - Fucidin - Neomycin - Mupirocin
4) COMBINATION OF CREAM
- Steroid cream + antibiotic cream
- Antifungal cream + steroid cream.
Bila kita perlu guna krim 2 in 1 ini?
Or sometimes, ada yg 3 in 1 ( kombinasi antibiotic + steroid + anti fungal). * Rujuk gambar utk contoh.
Bila ada komplikasi dari jangkitan asal. Contohnya kita kena kurap ( fungal infection). Kita garu dan garu, punya syiok garu sampai luka kulit. Kuku kita bukan sterile, bawah kuku banyak bakteria.
Ataupun kita ada eczema yg kronik. Garu punya garu sampai luka ---- lepas tu infected. So kita kena sapu krim steroid + antibiotic.
5) ANTI VIRAL CREAM
Sebab jarang krim ini di gunakan secara meluas ( berbanding 4 jenis krim di atas), maka saya tak menulis dgn lanjut tentang krim anti virus ini.
6) MOISTURIZING CREAM
Contoh paling klasik ialah pesakit chronic eczema. Kulit pesakit eczema akan kering. Kering sebab cycle penyakit itu sendiri, kering sebab kesan sapu ubat steroid.
Krim pelembab yg bagus antara nya brand Cetaphil. Cetaphil ini juga ada dlm bentuk mandian.
=============================================
So, please kenal krim yg anda gunakan. Jangan kenal krim based on color. Contohnya " saya nak krim warna putih tu ". Hampir semua krim warna putih! Ataupun beli krim yg di re-pack TIADA LABEL.
Jangan main hantam sapu krim orang lain kat badan anda. Orang tu " serasi " sapu krim tu, awak pun tepek kat badan awak. Padahal orang tu ada eczema, tapi awak ada kurap. Again, jangan berguru dgn Google image semata mata.
- Siakap Keli
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tfiCn4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Enam Jenis Krim Yang Ada di Pasaran, Kenali Setiap Satu & Kegunaannya, Jangan Hanya Terus Sapu Di Kulit Sahaja
Anda sekarang membaca artikel Enam Jenis Krim Yang Ada di Pasaran, Kenali Setiap Satu & Kegunaannya, Jangan Hanya Terus Sapu Di Kulit Sahaja dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/enam-jenis-krim-yang-ada-di-pasaran.html
0 Response to "Enam Jenis Krim Yang Ada di Pasaran, Kenali Setiap Satu & Kegunaannya, Jangan Hanya Terus Sapu Di Kulit Sahaja"
Catat Ulasan