Loading...

Fatwa: Pas serah memorandum kepada YDP Agong

Loading...
Fatwa: Pas serah memorandum kepada YDP Agong - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fatwa: Pas serah memorandum kepada YDP Agong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fatwa: Pas serah memorandum kepada YDP Agong
link : Fatwa: Pas serah memorandum kepada YDP Agong

Baca juga


Fatwa: Pas serah memorandum kepada YDP Agong

Pas Pulau Pinang akan mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah campur tangan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam proses pewartaan fatwa di negeri itu.

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof berkata, Pas negeri konsisten meminta kerajaan negeri menarik balik pekeliling yang menyatakan bahawa keputusan mewartakan sesuatu fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri perlu dirujuk kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Kita harap mereka tarik balik (pekeliling itu). Saya harap mereka memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam di Pulau Pinang khususnya dan di Malaysia amnya kerana soal fatwa ini adalah perkara yang tidak patut campur tangan luar berlaku. Isu ini hangat diperkatakan dan sudah lama.
“Pas Pulau Pinang konsisten mendesak… sampai setakat ini tidak ada apa-apa daripada kerajaan negeri khususnya DAP untuk memohon maaf,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang di Markas Tarbiyyah Pas Pongsu Seribu, di sini hari ini.

Turut  hadir Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Adun Bertam, Shariful Azhar Othman dan Adun Penaga, Datuk Mohd Zain Ahmad.

Pada 10 Feb lepas, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, pekeliling itu bercanggah  dengan Seksyen 48 Enakmen  Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004 pecahan (3) dan (4).

Beliau berkata, enakmen berkenaan tidak menyebut fatwa yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang perlu  dibawa untuk makluman atau  perkenan MMK Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong  untuk mendapatkan perkenan.

Pas Pulau Pinang sebelum ini turut membuat laporan polis mendesak kerajaan negeri pimpinan DAP berhenti mencampuri urusan Jawatankuasa Fatwa Negeri, termasuk membenarkan empat fatwa yang dikatakan tertangguh diwartakan segera.

Muhammad Fauzi berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan bukan kerajaan Islam (NGI) untuk membincangkan cara dan kaedah yang sesuai bagi menyelesaikan isu itu.

Sementara itu, Reezal Merican yang juga Ahli  Parlimen Kepala Batas berkata, Jawatankuasa Fatwa sepatutnya menjadi sebuah badan bebas yang tidak memerlukan campur tangan daripada mana-mana pihak.

“Jawatankuasa Fatwa perlu merupakan suatu platform yang bebas. Ini bersesuaian dengan Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan. Tapi apa yang dibuat (campur tangan kerajaan negeri) sedikit sebanyak seakan-akan fatwa yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa boleh dikekang oleh Exco,” katanya.

The post Fatwa: Pas serah memorandum kepada YDP Agong appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t7JjZb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Fatwa: Pas serah memorandum kepada YDP Agong

Sekianlah artikel Fatwa: Pas serah memorandum kepada YDP Agong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fatwa: Pas serah memorandum kepada YDP Agong dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/fatwa-pas-serah-memorandum-kepada-ydp.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Fatwa: Pas serah memorandum kepada YDP Agong"

Catat Ulasan

Loading...