Judul : FELDA TIADA PELAN JUAL EKUITI DALAM FGV – SHAHRIR
link : FELDA TIADA PELAN JUAL EKUITI DALAM FGV – SHAHRIR
FELDA TIADA PELAN JUAL EKUITI DALAM FGV – SHAHRIR
KUALA LUMPUR – Felda tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menjual pegangannya dalam Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) kepada dua taikun Indonesia seperti yang dilaporkan sebelum ini.
“Felda tidak akan menjual FGV kepada sesiapapun,” jelas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad kepada Wall Street Journal di sini hari ini.
Dalam laporan media baru-baru ini, Felda bercadang untuk menjual pegangannya kepada taikun Indonesia, Martua Sitorus dan Peter Sondakh tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan krisis dalaman yang menimpa syarikat perladangan tersebut.
Sitorus merupakan Pengasas dan Timbalan Pengerusi Eksekutif syarikat agroperniagaan gergasi di Indonesia, Wilmar International dan dilaporkan memiliki kekayaan bernilai AS$1.45 bilion (RM6.23 bilion) manakala Sondakh pula pengasas Rajawali Corporation dan memiliki kekayaan bernilai AS$1.67 bilion (RM7.18 bilion).
Felda memiliki 33.66 peratus kepentingan dalam FGV.
Sebelum ini, menurut sumber kepada Reuters, dua hartawan Indonesia berkenaan telah berbincang dengan FGV dan Felda untuk membeli pegangan ekuiti dalam FGV.
Di bawah pelan tersebut, FGV terlebih dahulu akan mengambil alih pegangan aset dalam syarikat perladangan Sitorus dan Sondakh. Kemudiannya, Felda dan Sitorus akan memiliki pegangan kira-kira 25 hingga 30 peratus manakala Sondakh pula 16 peratus.
Namun, jelas sumber itu, disebabkan krisis dalaman yang menyaksikan dua pengurusan tertinggi masih digantung tugas, ia secara tidak langsung memberi kesan kepada operasi harian.
Bagaimanapun difahamkan, urus niaga itu mampu melonjakkan kewangan FGV dan memberi peluang untuk meningkatkan harga saham setelah ia menjunam hampir 70 peratus sejak disenaraikan pada 2012.
Pada 3 Julai lalu, FGV dalam makluman kepada Bursa Malaysia memberitahu, Lembaga Pengarah FGV memutuskan untuk merujuk Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Ahmad Tifli Mohd. Talha kepada Panel Siasatan Dalaman.
Kemelut FGV mencapai kemuncak apabila bekas pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Lembaga Pengarah mengarahkan Zakaria dan Ahmad Tifli untuk bercuti 6 Jun lalu.
Mohd. Isa turut mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi FGV dan jawatan tersebut kini dipangku oleh Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob.
– UTUSAN
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tmyfHM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel FELDA TIADA PELAN JUAL EKUITI DALAM FGV – SHAHRIR
Anda sekarang membaca artikel FELDA TIADA PELAN JUAL EKUITI DALAM FGV – SHAHRIR dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/felda-tiada-pelan-jual-ekuiti-dalam-fgv.html
0 Response to "FELDA TIADA PELAN JUAL EKUITI DALAM FGV – SHAHRIR"
Catat Ulasan