Judul : Gabungan Tun M-Anwar Kerana Kuasa Presiden
link : Gabungan Tun M-Anwar Kerana Kuasa Presiden
Gabungan Tun M-Anwar Kerana Kuasa Presiden
KUALA LUMPUR – Gabungan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) menunjukkan dua pemimpin itu sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa.
Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata Tun Dr Mahathir dan Anwar yang sebelum ini merupakan musuh, kini bersatu demi melunaskan agenda mereka.
“Kerana kuasa, mereka sanggup berbuat apa sahaja. Mereka hanya nak menang dan berkuasa malah sanggup buat apa sahaja. Dahulu Tun Dr Mahathir masukkan Anwar dalam penjara, tetapi sekarang berbaik pula,” katanya kepada pemberita pada jamuan malam dan perasmian Bengkel Persediaan dan Simulasi Perbahasan Parlimen Mahasiswa di sini malam ini.
Beliau mengulas perkembangan PH yang menamakan beberapa barisan kepimpinan baharu semalam.
Majlis Presiden PH dilaporkan mengumumkan struktur kepimpinan PH yang baharu iaitu Anwar sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan, Dr Mahathir sebagai pengerusi dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden gabungan pembangkang itu.
Dalam pada itu, Abdul Aziz turut menasihatkan golongan muda dan mahasiswa tidak terpedaya dengan pelbagai gimik politik oleh pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
“Gimik politik akan berterusan. Anak muda yang mewakili 40 peratus daripada undi rakyat hendaklah berwaspada dengan maklumat daripada media sosial. Banyak benda-benda tidak betul yang masuk dalam sosial media dan memesongkan pemikiran anak muda,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v1kop5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Gabungan Tun M-Anwar Kerana Kuasa Presiden
Anda sekarang membaca artikel Gabungan Tun M-Anwar Kerana Kuasa Presiden dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/gabungan-tun-m-anwar-kerana-kuasa.html
0 Response to "Gabungan Tun M-Anwar Kerana Kuasa Presiden"
Catat Ulasan