Loading...
Judul : Helikopter Penyelamat Terhempas, 8 Maut
link : Helikopter Penyelamat Terhempas, 8 Maut
Helikopter Penyelamat Terhempas, 8 Maut
JAKARTA – Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh apabila sebuah helikopter yang dikerah untuk membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kejadian letusan gunugn berapi, terhempas di Pulau Jawa, Indonesia pada Isnin.
Helikopter berkenaan terhempas kira-kira tiga minit sebelum tiba di Dieng Plateau, kawasan popular pelancong yang menyaksikan letusan pada Ahad mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 mangsa cedera.
Tragedi itu berlaku selepas helikopter berkenaan merempuh puncak Gunung Butak di daerah Temanggung dekat wilayah Jawa Tengah.
Kesemua lapan orang krew dalam pesawat itu terbunuh dan perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Operasi Agensi Mencari dan Menyelamat, Mejar Jeneral Herominus Guru.
Beliau berkata, kesemua mayat mangsa dibawa ke Hospital Bhayangkara dekata Semarang.
Sementara itu, Pengarah Operasi dan Latihan Agensi Penyelemata, Brigadier Jeneral Ivan Tito berkata, mangsa yang terbunuh dikenalpasti sebagai empat pegawai tentera laut dan empat anggota penyelamat.
Ujarnya, pesawat yang terhempas itu merupakan helikopter jenis Dauphin AS365 buatan tempatan.
Gunung berapi Sileri itu menghamburkan lava dan debu setinggi 50 meter ke udara apabila meletus awal pagi Ahad.
Ketika kejadian, kira-kira 17 pelancong berada di kawasan tersebut.
Anggota tentera dan polis dikerah ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan penduduk tempatan dan pelancong ekoran kebimbangan berlaku lebih banyak letusan.
Tiada letusan terbaharu dicatatkan pada Isnin. – ABC NEWS/mStar Online
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t7C7MT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Helikopter Penyelamat Terhempas, 8 Maut
Sekianlah artikel Helikopter Penyelamat Terhempas, 8 Maut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Helikopter Penyelamat Terhempas, 8 Maut dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/helikopter-penyelamat-terhempas-8-maut.html
0 Response to "Helikopter Penyelamat Terhempas, 8 Maut"
Catat Ulasan