Loading...

IBU THAQIF TOLAK LAPORAN BEDAH SIASAT

Loading...
IBU THAQIF TOLAK LAPORAN BEDAH SIASAT - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul IBU THAQIF TOLAK LAPORAN BEDAH SIASAT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : IBU THAQIF TOLAK LAPORAN BEDAH SIASAT
link : IBU THAQIF TOLAK LAPORAN BEDAH SIASAT

Baca juga


IBU THAQIF TOLAK LAPORAN BEDAH SIASAT

Ibu kepada pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi menolak laporan bedah siasat yang merumuskan anaknya meninggal dunia akibat jangkitan leptospirosis atau kencing tikus.

Ibu Thaqif, Felda Wani Ahmad, mempersoalkan pihak hospital keperluan memotong kaki anaknya jika betul Thaqif dijangkiti kencing tikus yang boleh dikesan sejak awal.

“Saya nak tanya kenapa nak potong kaki anak saya kalau kencing tikus. Kencing tikus mesti kesan awal. Paling lewat 1 atau 2 minggu, macam kes di Kelantan baru-baru ini.

“Saya ni cikgu, tidak payah manipulasi yang bukan-bukan. Saya memang terkilan. Daripada arwah (Thaqif) masuk hospital, doktor kata tak tahu kuman apa. Ini tiba-tiba beritahu kencing tikus, tak masuk akal. Saya tidak boleh terima,” katanya seperti dilapor Free Malaysia Today.

Thaqif dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada 19 April lalu selepas pembantu warden asrama Madrasah Tahfiz Al-Jauhar di Kampung Lukut, Kota Tinggi didakwa memukulnya dengan paip getah.

Kedua-dua kaki pelajar berusia 11 tahun itu dipotong selepas mengalami darah beku, sementara tangan kirinya dijadual dipotong sebelum kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir.

Kubur pelajar itu digali semula pada 18 Mei lalu bagi membolehkan sampel kaki Thaqif diambil untuk tujuan siasatan. Laporan bedah siasat yang diumumkan hari ini merumuskan kencing tikus dan bukannya trauma akibat pukulan sebagai punca Thaqif mendapat jangkitan pada kulit dan darah sebelum meninggal dunia pada 26 April lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diperolehi berdasarkan bedah siasat pada hari sama pelajar itu meninggal dunia April lalu menggunakan sampel tisu dan darah yang dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan dan Jabatan Kimia.
Mengulas lanjut, Felda Wani berkata beliau dan keluarga sangat terkilan kerana kementeria kesihatan tidak memaklumkan kepadanya dan keluarga mengenai hasil siasat ke atas mayat Thaqif. Katanya, dia hanya mendapat tahu mengenai perkara itu menerusi wartawan.

“Kalau nak beritahu wartawan tak ada masalah, tetapi terkilan tak beritahu kami. Masa nak potong kaki, tangan, tentang perubatan pandai pula telefon keluarga.

“Kenapa nak umum hasil keputusan itu tanpa beritahu kami. Sekurang-kurangnya telefon. Saya terkilan dan terperanjat,” katanya yang sudah menghubungi peguam yang akan menulis surat untuk meminta laporan perubatan penuh.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uKDiAw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel IBU THAQIF TOLAK LAPORAN BEDAH SIASAT

Sekianlah artikel IBU THAQIF TOLAK LAPORAN BEDAH SIASAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel IBU THAQIF TOLAK LAPORAN BEDAH SIASAT dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/ibu-thaqif-tolak-laporan-bedah-siasat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "IBU THAQIF TOLAK LAPORAN BEDAH SIASAT"

Catat Ulasan

Loading...