Loading...
Judul : Indonesia sekat aplikasi Telegram
link : Indonesia sekat aplikasi Telegram
Indonesia sekat aplikasi Telegram
JAKARTA: Kerajaan Indonesia mengambil tindakan menyekat aplikasi Telegram di negara itu setelah mendapati saluran media sosial itu dipercayai menjadi sarang komunikasi puak pengganas dan radikalisme.
Menteri Komunikasi dan Informatika Indonesia, Rudiantara dipetik oleh media-media tempatan hari ini sebagai berkata pihaknya mengambil tindakan tegas kerana mendapati media sosial itu terlalu banyak memuatkan komunikasi berunsur negatif.
Katanya, antara kandungan negatif yang dimaksudkan itu ialah propaganda radikalisme, terorisme, fahaman kebencian, cara menghasilkan bom, cara melakukan penyerangan, gambar yang tidak senonoh dan lain-lain yang bertentangan dengan peraturan perundangan di Indonesia.
“Di Telegram, kami mendapati sebanyak 17,000 halaman mengandung terorisme, radikalisme, membuat bom, dan lainnya, semua ada. Jadi harus diblok (disekat), kerana kita anti radikalisme,” katanya.
Semalam, beliau mengumumkan tindakan kerajaan Indonesia untuk menyekat Telegram di Indonesia walaupun pencipta aplikasi itu Pavel Durov meminta penjelasan mengenai tindakan kerajaan negara itu.
Rudiantara berkata, pihaknya telah menyerahkan hasil penemuan kandungan Telegram di Indonesia kepada pasukan keselamatan dan pertahanan Indonesia.
Katanya, Panglima Tentera Nasional Indonesia Gatot Nurmantyo, Ketua Polis Negara Tito Karnavian dan Ketua Staf Kepresidenan Teten Masduki bersetuju untuk tindakan sekatan Telegram.
Bagaimanapun, kenyataan menteri itu tidak menyebut tarikh penguatkuasaan sekatan aplikasi berkenaan namun beberapa buah syarikat pengendali telekomunikasi di negara itu mengesahkan aplikasi web itu sudah tidak dapat diekses sejak semalam.
Telegram adalah aplikasi chatting secara percuma yang membolehkan pengguna mengirimkan pesanan chatting rahsia yang didakwa selamat untuk digunakan di samping dapat memuatkan gambar, video, menghantar dokumen atau mengirim lokasi.
Telegram dioperasikan oleh Telegram Messenger LLP milik seorang ahli perniagaan Russia Pavel Durov yang boleh digunakan dalam komputer dan telefon pintar.
Sejak kebelakangan ini, Indonesia sering menerima ancaman oleh puak pengganas yang dikatkan dengan aktiviti kumpulan Daesh.
Mereka menjadikan anggota-anggota polis dengan membuat serangan di pos keselamatan balai polis, menyerang anggota polis di masjid serta meletupkan bom bunuh diri di sebuah stesen bas yang sedang dikawal polis pada dua bulan lepas. - Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2urApad
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Indonesia sekat aplikasi Telegram
Sekianlah artikel Indonesia sekat aplikasi Telegram kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Indonesia sekat aplikasi Telegram dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/indonesia-sekat-aplikasi-telegram.html
0 Response to "Indonesia sekat aplikasi Telegram"
Catat Ulasan