Loading...

Isu Hotel Felda: Dulu Tiada Kes Kini Siasat Semula

Loading...
Isu Hotel Felda: Dulu Tiada Kes Kini Siasat Semula - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Hotel Felda: Dulu Tiada Kes Kini Siasat Semula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Hotel Felda: Dulu Tiada Kes Kini Siasat Semula
link : Isu Hotel Felda: Dulu Tiada Kes Kini Siasat Semula

Baca juga


Isu Hotel Felda: Dulu Tiada Kes Kini Siasat Semula

FELDA pernah melalui isu hangat berkaitan pembelian hotel empat bintang di Kensington, London pada 2014. Ia berlaku ketika Tan Sri Isa Samad menjadi Pengerusi Felda. Pembelian dilakukan entiti pelaburan, Felda Investment Corporation (FIC).

Media massa melaporkan isu ini. Malah, ia dikaitkan dengam isu perlantikan agen urusniaga yang mempunyai hubungan rapat dengan Felda. Timbul persepsi kronisme. Timbul isu, harga hotel melebihi pasaran itu berlaku kerana agen yang dilantik mendapat komisen.

Hotel Kensington dibeli pada £60 juta (RM330juta) di Kensington, London pada tahun 2014.

Hotel yang mempunyai 62 buah bilik dan dua unit pangsapuri mewah itu, pelaburan ke-12 Felda. Sebelum itu Felda membelanjakan £98 juta (RM545 juta) pada 2013 membeli pangsapuri mewah di Bayswater, London.

Pada tahun 2015, Felda disusun semula. Tan Sri Shahrir Samad dilantik menjadi pengerusi. Isa dipindahkan ke Felda Global Venture (FGV) sebagai pengerusi. Di FGV pada Jun lalu, wujud krisis antara Isa dan Presiden dan CEO FGV, Datuk Zakaria Arshad. Isa melepaskan jawatan, manakala Arshad melalui proses Siasatan Dalaman.

Havoc kes FGV. Bukan dua nama itu saja yang panas, tetapi imej kerajaan pun tercalar teruk!

Rasuah atau penyelewengan kuasa antara isu utama menjejaskan imej kerajaan. Ia sangat teruk kerana jawatan lantikan politik dalam banyak keadaan menimbulkan konflik dalam syarikat. Pengerusi yang dilantik tidak celik bisnes, malah cenderung mengganggu usaha kumpulan profesional untuk memacu agenda korporat.

Wujud persepsi, lantikan jawatan politik dalam syarikat terutama pengerusi, lebih banyak menyulitkan operasi pengurusan, berbanding membantu memacu kemajuan syarikat. Ia berlaku di banyak agensi dan syarikat kerajaan. Kes Felda dan FGV membantu mendedahkan secara meluas konflik ini.

Semalam, SPRM mengumumkan – kes pembelian hotel dibuka semula. Ia berikutan wujud dokumen bukti baharu berhubung salah laku dalam urus niaga FIC. Semua ini membuatkan masyarakat mencebik bibir. Dulu dah siasat, kata tiada kes.

Malah, Menteri JPM, Datuk Paul Low Seng Kuan memaklumkan pada Parlimen, siasatan SPRM tidak menemukan asas kesalahan.

Nah! Sekarang SPRM kata, ada kes dan siasatan dibuka semula. Ada dokumen penting diperolehi. Dah timbul soalan: Siapa menyembunyikan dokumen itu selama imi?

Menurut SPRM lagi, ada individu selaku saksi penting akan dipanggil bagi membantu siasatan mengenai proses pembelian hotel tersebut antara 2013 hingga 2014.

Jelas kenyataan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan pasukan penyiasat membuka semula kertas siasatan selepas pihaknya menerima maklumat baharu berhubung kes tersebut.

“Dokumen-dokumen berkaitan pembelian hotel tersebut juga telah diambil dan kini dalam proses menilai serta meneliti kesemua maklumat yang diperoleh.

“Hasil siasatan awal mendapati FIC dipercayai telah membeli hotel itu dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga asal sehingga mengakibatkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit,” kata Zukkifli.

Siasatlah SPRM. Mesti kena siasat. Dulu siasat dokumen tidak mencukupi. Sekarang dapat dokumen dan saksi baharu. Siasat bagi selesai. Dua tiga kali buka tutup kes hanya akan membuat masyarakat ada persepsi: Siapa yang selama ini mengatur konspirasi menyembunyikan maklumat daripada pengetahuan SPRM.

Penyangak korporat sekarang cekap. Ahli politik yang pegang jawatan pula tidak semua jujur. Banyak yang menunggang jawatan lantikan politik hanya untuk memenuhkan kocek sendiri.

Kalau dulu, habis mereka seret anak isteri untuk jadi alat penyelewengan, maka sekarang seretlah anak isteri mereka ke mahkamah untuk jadi alat mencari keadilan. Rakyat dah penat dengan kejijikan ini. SPRM harapan untuk kita melihat para syaitan rasuah dihapuskan.

Kepada kerajaan, sekadar luahan isi hati rakyat, rasanya era melambakkan orang politik di syarikat berpeniagaan strategik, sebenarnya tidak membantu organisasi berkembang. Orang politik banyak yang tidak celik bisnes.

Pasti akan persespi: Mengapa nak lantik orang yang mengejar kedudukan politik? Ini mendedahkan agensi dan syarikat dipergunakan. Ahli politik akan cenderung mengunakan kedudukan untuk mengaut keuntungan peribadi.

Jelas sekali, mereka bukan pun reti sangat dalam pengurusan korporat. Buat kaji selidik, kumpulan pengurusan profesional pasti banyak maklumat mengenai mimpi buruk ini!

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tsuHAP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Isu Hotel Felda: Dulu Tiada Kes Kini Siasat Semula

Sekianlah artikel Isu Hotel Felda: Dulu Tiada Kes Kini Siasat Semula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Hotel Felda: Dulu Tiada Kes Kini Siasat Semula dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/isu-hotel-felda-dulu-tiada-kes-kini.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu Hotel Felda: Dulu Tiada Kes Kini Siasat Semula"

Catat Ulasan

Loading...