Loading...
Judul : Isu Viral Wanita Sentuh Anjing, JAKIM Nasihat Wanita Pelihara Anjing Untuk Bertaubat Dengan Segera
link : Isu Viral Wanita Sentuh Anjing, JAKIM Nasihat Wanita Pelihara Anjing Untuk Bertaubat Dengan Segera
Isu Viral Wanita Sentuh Anjing, JAKIM Nasihat Wanita Pelihara Anjing Untuk Bertaubat Dengan Segera
Baru-baru ini, seorang video seorang wanita Islam yang memelihara anjing bernama Bubu menjadi viral di media sosial. Video tersebut menjadi bualan panas sehingga netizen mengecam tindakan wanita tersebut kerana perbuatan tersebut bertentangan dengan ajaran Islam.
Terbaru, Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha dalam satu kenyataan di dalam laman Facebooknya menyesali tindakan wanita tersebut kerana perbuatan tersebut boleh dianggap sebagai penghinaan kepada agama Islam.
Menurutnya lagi, perbuatan memegang anjing secara sengaja seperti yang ditunjukkan dalam video tersebut tanpa sebab yang dibenarkan hanya menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam selain ianya bercanggah dengan pegangan mazhab dan adat di Malaysia.
Mengikut mazhab Syafie, umat Islam dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam. Walaupun terdapat kaedah sertu untuk menyucikan diri beliau berkata ianya bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang memegang najis mughallazah secara sengaja.
Beliau juga berharap wanita tersebut dapat menghentikan perbuatannya itu dan kembali bertaubat kepada Allah. Selain itu, perbuatan tersebut dianggap seperti mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada menghina agama Islam.
Walaupun Islam tidak memandang keji kepada binatang anjing kerana ianya juga satu makhluk Allah malah tindakan seperti memukul dan membunuh anjing tanpa sebab juga dikira bertentangan dengan ajaran Islam.
Namun begitu mengikut mazhab Syafie umat Islam dilarang menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan dan mereka yang terlibat hendaklah merujuk kepada pihak Jakim berkaitan tentang hukum memelihara anjing.
Koleksi video viral edisi 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sEAacf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Isu Viral Wanita Sentuh Anjing, JAKIM Nasihat Wanita Pelihara Anjing Untuk Bertaubat Dengan Segera
Sekianlah artikel Isu Viral Wanita Sentuh Anjing, JAKIM Nasihat Wanita Pelihara Anjing Untuk Bertaubat Dengan Segera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Isu Viral Wanita Sentuh Anjing, JAKIM Nasihat Wanita Pelihara Anjing Untuk Bertaubat Dengan Segera dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/isu-viral-wanita-sentuh-anjing-jakim.html
0 Response to "Isu Viral Wanita Sentuh Anjing, JAKIM Nasihat Wanita Pelihara Anjing Untuk Bertaubat Dengan Segera"
Catat Ulasan