Loading...
Judul : James Masing Dedah Pihak Lemahkan Dayak
link : James Masing Dedah Pihak Lemahkan Dayak
James Masing Dedah Pihak Lemahkan Dayak
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing mendedahkan terdapat pihak tertentu yang sentiasa berusaha memecahbelahkan kaum Dayak untuk kekal berkuasa di negeri ini.
Masing yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) berkata, parti pimpinannya merupakan parti Dayak terbesar turut berhadapan cabaran tersebut iaitu dihalang berkembang dari segi saiz dan pengaruh oleh kumpulan berkenaan, lapor FMT
Beliau mendedahkan itu menerusi wawancara ekslusif bersama portal tersebut yang merupakan portal berita atas talian yang berpangkalan di Semenanjung.
Menurut laporan FMT, Masing antara lain mendedahkan terdapat campur tangan kumpulan tertentu dalam urusan PRS yang bertujuan untuk menghalang parti itu berkembang.
“Kami hadapi masalah berkembang kerana ada orang campur tangan dalam urusan kami, tidak kira pembangkang atau Barisan Nasional (BN) sendiri.
“Orang Dayak tidak dibenarkan menjadi terlalu kuat kerana kami kumpulan majoriti. Sesetengah orang anggap kami gergasi lapar dan jika kami terlalu kuat, kami akan makan mereka,” katanya.
Menurut Masing, dua halangan utama yang dihadapi komuniti Dayak menyebabkan ianya gagal menjadi kuasa politik dominan meskipun kaum Dayak adalah kaum majotiti di negeri ini.
“Pertama ialah usaha berterusan komuniti tertentu selama beberapa dekad untuk memecahbelahkan orang Dayak bagi memastikan komuniti mereka kekal berkuasa,” katanya dipetik FMT
Beliau bagaimanapun mengakui, halangan kedua datang dari komuniti Dayak itu sendiri.
“Etnik Dayak perlu belajar cara tidak menyalahkan orang lain atas kesusahan sendiri, kesilapan politik dan ketidakstabilan mereka. Kita mesti mengkaji diri untuk mencari di mana salah kita. Hanya cara itu kita boleh berkembang.”, tegasnya. – Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sZ52V1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel James Masing Dedah Pihak Lemahkan Dayak
Sekianlah artikel James Masing Dedah Pihak Lemahkan Dayak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel James Masing Dedah Pihak Lemahkan Dayak dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/james-masing-dedah-pihak-lemahkan-dayak.html
0 Response to "James Masing Dedah Pihak Lemahkan Dayak"
Catat Ulasan