Loading...

“Jangan terpedaya dengan posting baik beli BMW berbanding Vios” – Pemilik BMW E90

Loading...
“Jangan terpedaya dengan posting baik beli BMW berbanding Vios” – Pemilik BMW E90 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Jangan terpedaya dengan posting baik beli BMW berbanding Vios” – Pemilik BMW E90, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Jangan terpedaya dengan posting baik beli BMW berbanding Vios” – Pemilik BMW E90
link : “Jangan terpedaya dengan posting baik beli BMW berbanding Vios” – Pemilik BMW E90

Baca juga


“Jangan terpedaya dengan posting baik beli BMW berbanding Vios” – Pemilik BMW E90

Baru-baru ini muncul iklan dari seorang individu yang berkata membeli sebuah BMW 3-Series E90 adalah jauh lebih berbaloi dari membeli sebuah Toyota Vios.

Menurut iklan beliau, dari membelis ebuah Toyota Vios, adalah lebih baik membeli sebuah BMW 320i E90 kerana Vios adalah sebuah kenderaan yang tidak begitu sempurna berbanding dengan BMW (memang sebuah Vios tidak patut dibandingkan dengan sebuah BMW, baik di bumi atau di planet-planet lain),  dan adalah lebih bijak untuk membeli sebuah BMW 3-Series terpakai.

Mungkin beliau sedikit “over” di dalam iklan tersebut kerana ada banyak faktor yang tidak dikongsi – contohnya harga insurans, harga alat ganti, jumlah penyurutan nilai dan juga fakta di mana ia memerlukan seorang pemilik yang rajin untuk melayan sebuah kenderaan Jerman terpakai.

Rakan Careta dari Page Auto Stylista di Facebook, Kamarul Ariffin Nor Sadan nampaknya berfikiran sama seperti kami dan beiau tampil menasihatkan orang ramai agar jangan mudah terpedaya.

Kamarul sebenarnya memang memiliki sebuah BMw 3-Series E90 dan kerana itu, pengalaman beliau memang boleh diterima-pakai.

Teruskan membaca komentar Kamarul yang dimuat-naik di dalam laman Facebook beliau.

Sebagai pemilik BMW E90, aku sarankan agar kau orang tak terperdaya dengan penjual seperti ini.
Aku beli E90 LCI tahun keluaran 2010 pada tahun 2012 di BMW Premium Selections— kira secondhand tapi melalui Auto Bavaria.

Masa ambil, odometer baru 8,000km. Ada warranti lagi setahun. Lima tahun aku guna kereta ni aku boleh kata kereta ini bagus.

Aku berpuashati dengannya, cuma pemilikan kereta ini tak seindah gambaran yang dihebahkan.
Beberapa perkara kau kena tahu:

1. Harga: 
RM80,000 hutang vs RM75,000 tunai. Bukan mudah kumpul wang tunai sebanyak RM75,000. Kalau kau ada wang tunai sebanyak itu, elok kau guna duit itu untuk beli kereta terpakai yang masih boleh buat pinjaman bank dan bayar harga muka tinggi, selebihnya kau laburkan.

2. Waranti: 
BMW terpakai tahun 2010 mestilah dah luput waranti. Kereta baru ada warranty sehingga 5 tahun. Jika kewangan baru nak stabil, jangan peningkan kepala pakai kereta tiada warranty. Kecuali kau beli kereta terpakai yang kos selenggara rendah. Semestinya bukan BMW E90.

3. Alat ganti: 
Sparepart reconditioned boleh dapat murah, tapi kena rajin cari sendiri. Kalau kereta dah rosak, nak kena cari lagi sparepart sendiri, memang niaya. Sparepart Taiwan pun murah, tapi apa guna beli kereta kualiti Jerman tapi semua pakai parts Taiwan yang tak authorised. Baik beli kereta tempatan tapi alat ganti asli. Bergaya jangan sampai poket papa kedana. itu kurang bijak.

4. Tayar: 
Sesetengah spec E90 tiada tayar spare. Ia pakai tayar run flat— bermaksud kalau pancit boleh jalan beberapa puluh kilometer lagi dengan kelajuan terhad. Harga sebuah tayar run flat untuk size untuk E90 ni mececah RM1,200 sebiji. Aku tukar kepada tayar biasa, sebab tak mampu. Kalau pancit, terpaksa panggil tow truck. Lagi satu, saiz tayar pun tak begitu mudah di cari.

5. Penjimatan bahan api: 
E90 320i mempunyai enjin 2.0L. Kecermatan minyaknya tak akan sama dengan enjin 1.5L. Mesti 2.0L lebih tinggi sedikit. Lagi-lagi kalau suka bawa macam pelesit, seperti yang dianjurkan dalam pos penjual. Jangan nanti dah beli E90, merungut setiap minggu sebab harga minyak naik. Dan bila pandu macam pelesit, komponen akan perlu ditukar dengan lebih kerap!

6. Lain-lain: 
- Ada ciri lampu tutup sendiri jika lupa matikan lampu selepas enjin dimatikan, namun namanya bukan LED Angel Eye Technology.
- Kesenyapan kabin (NVH) E90, terutamanya jika spesifikasi dengan rim 18″ dan tayar run flat, tidaklah begitu hebat. Kalau versi M-sport, NVH lebih teruk kerana springnya keras. Dan Vios baharu sudah mempunyai lebih banyak alatan canggih seperti keyless entry, push start button dan lain-lain. Paling penting, Vios ini “reliable” dan menjimatkan minyak!


Kesimpulan:
Hati-hati dengan janji manis penjual. Dia cerita yang indah-indah sahaja. Tak usah percaya semua yang dia kata. Maaf jika saya kata, jika budget kau mampu beli Vios baharu RM80,000 secara pinjaman bank, maka anda belum mampu beli BMW E90 terpakai pada harga RM75,000 secara tunai.

Oh ya! Cuba teka harga brake pad ori E90 berapa? Eh jangan kata boleh pakai brake tak ori pula.

Kredit :
– Kamarul Ariffin Nor Sadan
 (Pemilik E90 juga)
– careta.my
– Ahmad Aizatnur Zakaria (Pemilik Post Baik Beli BMW)

 



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tARZbQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel “Jangan terpedaya dengan posting baik beli BMW berbanding Vios” – Pemilik BMW E90

Sekianlah artikel “Jangan terpedaya dengan posting baik beli BMW berbanding Vios” – Pemilik BMW E90 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Jangan terpedaya dengan posting baik beli BMW berbanding Vios” – Pemilik BMW E90 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/jangan-terpedaya-dengan-posting-baik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "“Jangan terpedaya dengan posting baik beli BMW berbanding Vios” – Pemilik BMW E90"

Catat Ulasan

Loading...