Loading...
Judul : Jokowi Guna Wang Sendiri Bawa Keluarga Bercuti
link : Jokowi Guna Wang Sendiri Bawa Keluarga Bercuti
Jokowi Guna Wang Sendiri Bawa Keluarga Bercuti
JAKARTA – Presiden Joko Widodo atau Jokowi menggunakan wang sendiri untuk membawa keluarganya ke Turki dan Jerman dari 5 hingga 9 Julai lalu.
Ketua Biro Media dan Penerangan Sekretariat Presiden Indoensia, Bey Machmuddin mendedahkan perkara tersebut ketika memberitahu wartawan di sini.
Menurutnya, selain pegawai, turut menyertai Jokowi ialah isteri, tiga anak, seorang menantu dan seorang cucu.
Menurut Bey, anggota keluarga presiden itu juga berada di bahagian kompartmen yang dikhaskan untuk Jokowi dan isterinya, Iriana dan kehadiran mereka tidak mengganggu perwakilan kepresidenan yang lain.
Presiden Jokowi melakukan kunjungan ke Turki sebagai membalas undangan kunjungan Presiden Recep Tayyip Erdogan sekali gus meningkatkan hubungan diplomatik dan kerja sama antara kedua-dua negara.
Dia kemudian ke Hamburg, Jerman untuk menghadiri sidang kemuncak G20.
Setiausaha Negara, Praktino berkata, Jokowi lebih selesa menggunakan Pesawat Kepresidenan Indonesia yang hanya boleh memuatkan 42 penumpang walaupun kerajaan mampu membayar sewa pesawat lebih besar. – Agensi/myMetro Online
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uLbJas
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Jokowi Guna Wang Sendiri Bawa Keluarga Bercuti
Sekianlah artikel Jokowi Guna Wang Sendiri Bawa Keluarga Bercuti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jokowi Guna Wang Sendiri Bawa Keluarga Bercuti dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/jokowi-guna-wang-sendiri-bawa-keluarga.html
0 Response to "Jokowi Guna Wang Sendiri Bawa Keluarga Bercuti"
Catat Ulasan