Loading...
Judul : JPV Bayar Pampasan Kepada 1,034 Penternak Terjejas H5N1
link : JPV Bayar Pampasan Kepada 1,034 Penternak Terjejas H5N1
JPV Bayar Pampasan Kepada 1,034 Penternak Terjejas H5N1
KOTA BHARU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) membayar pampasan sebanyak RM413,004.60 kepada 1,034 penternak yang unggas mereka terjejas dengan wabak H5N1 atau selesema burung di Kelantan baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata pampasan dibayar sebelum Aidilfitri lepas.
"Selain pampasan dalam bentuk wang tunai, kita turut membantu penternak dengan memberi mereka anak-anak unggas untuk dipelihara," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.
Beliau menjawab soalan Rozi Muhamad (PAS-Tendong) yang mahu tahu jumlah unggas yang dimusnahkan dalam membasmi wabak H5N1 dan langkah yang diambil kerajaan dalam usaha membantu penternak yang kehilangan ternakan mereka.
Sebanyak 56,953 unggas dan 17,531 telur unggas dilupuskan dalam tempoh 24 hari wabak berkenaan mula dikesan pada awal tahun ini, katanya.
"Pada 1 Julai lepas, Kelantan diisytihar bebas daripada wabak berkenaan setelah tiada pengesanan baharu penyakit itu dalam tempoh 90 hari sejak pembasmian kuman terakhir pada 1 April," kata Che Abdullah.
Menjawab pula soalan Mohd Roseli Ismail (PAS-Kemuning) yang mahu tahu sama ada terdapat kaedah lain bagi membasmi wabak berkenaan selain daripada membunuh unggas, beliau berkata kerajaan negeri sentiasa terbuka dalam menerima cadangan jika ia mempunyai bukti saintifik dan selari dengan amalan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia.
"Kerajaan sentiasa terbuka untuk terima apa-apa cadangan yang boleh membantu membasmi penyakit ini. Cuma setakat ini kaedah melupuskan unggas adalah yang terbaik untuk dilakukan memandangkan kadar kematian terhadap unggas adalah 95 peratus selepas dijangkiti wabak serta ia turut boleh berjangkit kepada manusia," katanya. - BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uhpcJQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel JPV Bayar Pampasan Kepada 1,034 Penternak Terjejas H5N1
Sekianlah artikel JPV Bayar Pampasan Kepada 1,034 Penternak Terjejas H5N1 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel JPV Bayar Pampasan Kepada 1,034 Penternak Terjejas H5N1 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/jpv-bayar-pampasan-kepada-1034.html
0 Response to "JPV Bayar Pampasan Kepada 1,034 Penternak Terjejas H5N1"
Catat Ulasan