Judul : Jururawat Cemas Temui Bom Dilekat Pada Keretanya
link : Jururawat Cemas Temui Bom Dilekat Pada Keretanya
Jururawat Cemas Temui Bom Dilekat Pada Keretanya
KLANG – Seorang jururawat berhadapan detik cemas apabila menemui sejenis bom buatan sendiri yang dilekatkan di keretanya dalam kejadian di sini malam tadi.
Dalam kejadian pada jam 10 malam itu, jururawat berusia 27 tahun terbabit memandu kereta Proton Saga untuk pulang ke rumahnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadil Ahmat berkata ketika memandu, jururawat itu terdengar bunyi pelik sebelum berhenti di rumah bapa saudaranya di Taman Damai, Kapar bagi meminta bantuan.
Hasil pemeriksaan oleh bapa saudara jururawat itu mendapati ada sejenis objek yang diubahsuai seperti bahan letupan dilekap pada bumper kereta mangsa.
Menurutnya, polis dihubungi dan sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) IPK Selangor ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati objek berkenaan adalah peranti letupan atau Improvised Explosive Device (IED).
“Ia boleh menyebabkan letupan kecil dan mungkin boleh meragut nyawa,” katanya hari ini.
Objek terbabit juga didapati mempunyai dua silinder yang dibalut dengan pita berwarna hitam selain dilengkapi dengan papan litar elektronik dengan wayar berwarna merah dan hitam termasuk suis.
IED itu telah dimusnahkan di padang bole bersebelahan Balai Polis Kapar dengan robot pemusnah bom. – Harian Metro
Video di bawah tiada kaitan dengan kes di atas.
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sD7j3I
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Jururawat Cemas Temui Bom Dilekat Pada Keretanya
Anda sekarang membaca artikel Jururawat Cemas Temui Bom Dilekat Pada Keretanya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/jururawat-cemas-temui-bom-dilekat-pada.html
0 Response to "Jururawat Cemas Temui Bom Dilekat Pada Keretanya"
Catat Ulasan