Judul : Karim yakin pelaksanaan cukai pelancongan ditangguh hingga tahun depan
link : Karim yakin pelaksanaan cukai pelancongan ditangguh hingga tahun depan
Karim yakin pelaksanaan cukai pelancongan ditangguh hingga tahun depan
Beliau berkata Sarawak dan Sabah telah menampilkan resolusi, memorandum persefahaman (MoU) yang akan dikemukakan kepada Menteri Kewangan Persekutuan untuk dipertimbangkan.
"Sebenarnya, kita mahu tarikh pelaksanaannya ditunda kepada 31 Mac tahun depan dan saya amat pasti pelaksanaannya akan ditangguhkan," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran festival Rainforest Fringe di sini pada Jumaat.
Karim berkata apa-apa yang berkaitan dengan cukai, ia terserah kepada Kementerian Kewangan untuik membuat keputusan bila ia akan dilaksanakan.
"Saya amat yakin beliau (Menteri Kewangan) akan memberi pertimbangan yang sewajarnya selepas melihat perkembangan yang telah berlaku... yang baik dan yang buruk," kata Karim."Dua hari lepas, saya mengadakan pertemuan dengan persatuan pengusaha pelancongan dan hasil pertemuan dilihat memberi harapan apabila beberapa insentif dijanjikan bagi mengurangkan beban pengusaha pelancongan," kata Karim.
Karim berkata disebabkan cukai pelancongan, sekumpulan 3,000 pelancong asing membatalkan penerbangan untuk menghadiri satu persidangan di Semenanjung Malaysia dan mengalih ke Thailand kerana mereka perlu membayar lebih RM100,000 sebagai cukai pelancongan.
"Mereka mengubah fikiran kerana cukai pelancongan dan sebab itulah saya mahu tarikh pelaksanaan cukai itu ditangguhkan, berbincang dan duduk berunding dahulu dan mencari penyelesaian bagi mengurangkan bebannya," kata beliau.
Dalam perkembangan lain, Karim berkata kerajaan negeri akan membelanjakan kira-kira RM2 juta untuk menganjurkan Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (WRFMF) tahun ini termasuk menganjurkan Rainforest Fringe dan menambah pihak penganjur juga menerima tajaan daripada sektor swasta.
WRFMF 2017 akan berlangsung dari 14 hingga Julai sementara Rainforest Fringe dari 7 hingga 16 Julai.
Beliau berkata festival Rainforest Fringe adalah sesuatu tambahan yang ditawarkan oleh Kementerian Pelancongfan, Kesenioan, Belia dan Sukan Sarawak dan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) untuk memeriahkan lagi WRMF bagi menampilkan kekayaan budaya dan warisan Sarawak.
Beliau juga berkata Rainforest Fringe akan terus diadakan pada tahun-tahun akan datang bnagi melengkapkan WRFMF untuk memperkenalkan budaya dan warisan Sarawak melalui aktiviti di Bangunan Mahkamah Lama Kuching, Muzium Sarawak dan Tebingan Kuching.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2szEDbM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Karim yakin pelaksanaan cukai pelancongan ditangguh hingga tahun depan
Anda sekarang membaca artikel Karim yakin pelaksanaan cukai pelancongan ditangguh hingga tahun depan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/karim-yakin-pelaksanaan-cukai.html
0 Response to "Karim yakin pelaksanaan cukai pelancongan ditangguh hingga tahun depan"
Catat Ulasan