Loading...
Judul : Kerajaan Tak Kawal Harga Beras Import
link : Kerajaan Tak Kawal Harga Beras Import
Kerajaan Tak Kawal Harga Beras Import
SITIAWAN: Kerajaan tidak mengawal atau menetapkan harga siling bagi beras import, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata, kerajaan sebaliknya memastikan beras import tidak boleh dijual lebih murah daripada beras tempatan bagi melindungi industri beras dan padi tempatan.
"(Harga beras import) ini bukan di bawah kawalan kita, ia bergantung kepada banyak faktor lain," katanya selepas perasmian Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Lumut, hari ini.
Perasmian institut itu disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Ahmad Shabery diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Pemborong Beras, Wu Zi Lian, semalam yang menjangka harga beras import akan meningkat 10 peratus dalam tempoh terdekat atau selewat-lewatnya akhir tahun ini, berikutan peningkatan harga beras dunia.
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, ia sekadar ramalan persatuan itu tetapi tidak menolak kemungkinan itu kerana sebelum ini harga beras dunia antara AS$340 hingga AS$350 setan metrik tetapi kini sudah meningkat kepada AS$400 setan metrik.
Katanya, ketika ini hanya 10 peratus daripada pengeluaran beras dunia yang diperdagangkan di pasaran antarabangsa.-BH
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tEhuZN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Kerajaan Tak Kawal Harga Beras Import
Sekianlah artikel Kerajaan Tak Kawal Harga Beras Import kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Tak Kawal Harga Beras Import dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/kerajaan-tak-kawal-harga-beras-import.html
0 Response to "Kerajaan Tak Kawal Harga Beras Import"
Catat Ulasan