Judul : ‘Ketentuan dan reda’ kata suami Abby
link : ‘Ketentuan dan reda’ kata suami Abby
‘Ketentuan dan reda’ kata suami Abby
SUAMI kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria, 43, reda apabila anak dalam kandungan Abby meninggal dunia, semalam.
Muhammad Faizal ketika dihubungi berkata, Abby, 40, dimasukkan ke pusat perubatan di Kota Damansara, di sini, bagi mengeluarkan janin dalam kandungannya.
Kami ke hospital di Sri Rampai, Setapak, semalam untuk menjalankan imbasan kandungan Abby yang berusia lima bulan seperti dijadualkan doktor.
“Namun, ketika itu doktor memaklumkan bahawa tiada degupan jantung janin dan doktor mengesahkan janin itu sudah meninggal dunia,” katanya.
Muhammad Faizal berkata, sebelum ini Abby menjalani imbasan Jumaat lalu dan doktor meminta dia menjalani imbasan sekali lagi semalam.
“Waktu itu, kandungan isteri saya dalam keadaan baik dan degupan jantung bayi masih dapat dikesan.
“Kami terima semua ini sebagai ketentuan Allah SWT dengan hati yang reda. Semuanya ada hikmah,” katanya.
Ketika Abby hamil anak pertama mereka, dia turut melalui pengalaman sama apabila janin dalam kandungan turut meninggal dunia pada usia 19 minggu.
Ketika itu kamg berada di Madinah,” katanya.
Pasangan ini bernikah pada 14 Ogos 2015.
The post ‘Ketentuan dan reda’ kata suami Abby appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sYtOEu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel ‘Ketentuan dan reda’ kata suami Abby
Anda sekarang membaca artikel ‘Ketentuan dan reda’ kata suami Abby dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/ketentuan-dan-reda-kata-suami-abby.html
0 Response to "‘Ketentuan dan reda’ kata suami Abby"
Catat Ulasan