Loading...
Judul : Keuntungan 1MDB Diguna Untuk Program Kebajikan - Najib
link : Keuntungan 1MDB Diguna Untuk Program Kebajikan - Najib
Keuntungan 1MDB Diguna Untuk Program Kebajikan - Najib
Keuntungan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bukan hanya digunakan untuk program tajaan ke tanah suci, sebaliknya merangkumi pelbagai inisiatif lain membabitkan bantuan perumahan dan pendidikan dengan nilai ratusan juta ringgit, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana menteri berkata, usaha 1MDB dengan sebahagian daripada keuntungannya digunakan untuk membangunkan masyarakat itu tidak boleh dibiarkan musnah disebabkan andaian individu yang disifatkannya sebagai “tidak boleh pakai sama sekali”.
Sehubungan itu, golongan imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sebagai pemimpin yang dekat dengan masyarakat di peringkat akar umbi, perlu memperbetulkan dan memperjelaskan dakwaan tidak benar mengenai 1MDB yang dibuat pihak berkepentingan berkenaan.
“Sebab itu, apabila orang kritik 1MDB, kita sebagai pemimpin masyarakat mesti faham. Ini kerana sebahagian keuntungan 1MDB kita (kerajaan) gunakan untuk program kebajikan, tetapi ia tidak disebut,” katanya pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan haji tajaan Yayasan 1MDB kepada 1,100 penerima hari ini.
Majlis penyerahan surat tawaran kepada 1,100 orang yang terdiri daripada imam, ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) itu berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Najib berkata program khas haji tajaan yayasan 1MDB boleh diteruskan jika kerajaan sedia ada dipertahankan serta dikekalkan pada masa datang.
“Saya harap anda yang akan mengerjakan haji ini dapat mendoakan supaya negara dan kepimpinan negara dapat dikekalkan untuk kesinambungan program kebajikan yang dilaksanakan.” katanya.
Najib berkata di sebalik pelbagai tohmahan negatif segelintir pihak termasuk seorang bekas perdana menteri, 1MDB menghantar 5,711 jemaah dengan tajaan RM57 juta sejak inisiatif itu dilaksanakan 5 tahun lepas.
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ucuxBg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Keuntungan 1MDB Diguna Untuk Program Kebajikan - Najib
Sekianlah artikel Keuntungan 1MDB Diguna Untuk Program Kebajikan - Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Keuntungan 1MDB Diguna Untuk Program Kebajikan - Najib dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/keuntungan-1mdb-diguna-untuk-program.html
0 Response to "Keuntungan 1MDB Diguna Untuk Program Kebajikan - Najib"
Catat Ulasan