Judul : "Keyakinan Dan Sayangi Diri Boleh Tutup Cemuhan Orang" - Gadis 'Chipsmore', Evita Patcey
link : "Keyakinan Dan Sayangi Diri Boleh Tutup Cemuhan Orang" - Gadis 'Chipsmore', Evita Patcey
"Keyakinan Dan Sayangi Diri Boleh Tutup Cemuhan Orang" - Gadis 'Chipsmore', Evita Patcey
Gambar: Evita Patcey
Kecantikan itu sangat subektif. Terpulang pada mata yang melihat dan hati yang menilai. Bagi seseorang yang lahir tidak seperti orang biasa, gadis ini perlu berhadapan dengan pelbagai cemuhan rakan sebaya pada awalnya. Namun langkah membiarkan cemuhan orang telah terhenti apabila Evita Patcey Edgar Delmundo atau lebih senang disapa Evita Patcey, 20 tahun bangkit dengan penuh keyakinan.
Anak kedua dari lima adik-beradik ini baru sahaja menamatkan pengajian tingkatan enamnya dan kini bekerja secara sambilan di Purrfect Place Cat and Studio, di Kota Kinabalu, Sabah.
Dilahirkan dengan tahi lalat di sekitar badannya, Evita menggangapnya perkara yang normal. Menurut doctor pakar yang turut ditemuinya dahulu, bitnik-bintik hitam itu adalah tahi lalat normal yang tumbuh dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan. “saya lahir dengan tahi lalat ini jadi saya sudah biasa melihatnya. Apa yang penting, saya menerima diri saya dengan seadanya”, jelas Evita ketika ditemubual.
Jika memandang pada perkara negatif, sudah pastinya ramai yang memandang dan mencemuh dirinya namun cinta pada diri sendiri itu berjaya membuatkan Evita turut disenangi ramai. Tambah Evita, “saya hanya berfikiran positif dan mengelak dari memikirkan apa sahaja cakap orang. Mula-mula memang ramai yang terkejut, pandang serong tetapi lama-kelamaan mereka dapat menerima dan turut menggangap saya seperti orang normal yang lain. Keluarga saya juga banyak memberikan sokongan dan menerima saya dengan sebaiknya".
Berwajah unik ini sedikit sebanyak memberikan Evita kelebihan berbanding kekurangan. Wajah mulus dan senyuman manisnya senang ditatap ramai. Menurut Evita lagi, “berkulit seperti ini membuatkan keyakinan saya bertambah tinggi. Inilah peluang saya menunjukkan keunikan diri saya yang tidak ada pada orang lain dan seterusnya saya mahu maju ke hadapan”.
Ternyata keyakinan Evita memberikan membuahkan hasil pada dirinya, kini Evita turut digelar Insta famous dengan hamper 57,000 pengikut di Instagram. Dia juga sibuk menjadi model produk kecantikan dan baru sahaja menyertai ujibakat bagi Miss Universe Malaysia seterusnya menarik perhatian netizen.
Berkongsi sedikit tentang rutin kecantikannya, Evita wajib menggunakan pelembab setiap hari. Mnegamalkan gaya hidup yang sihat, dia juga gemar bersolek dan ini menyerlahkan lagi kecantikan wajahnya. “Saya cukup gemar pelembab dari jenama Himalaya. Selain memakai pelembab sebelum tidur dan sebelum keluar rumah, saya mengamalkan minum air putih yang banyak. Selain itu, saya tidur 7-8 jam setiap hari dan makan buah-buahan setiap hari”, tambah Evita lagi. Bagi menyerlahkan lagi wajahnya, Evita akan menggunakan maskara, pemerah pipi, lipstick berwarna nude serta merapikan keningnya. Jika ada majlis, barulah Evita akan mengenakan pembayang mata serta penggaris mata.
Berkat keyakinan yang semakin menebal membuatkan Evita semakin selesa dengan dirinya. Kata Evita, “kita hidup bukanlah dilahirkan sempurna. Setiap orang pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing yang telah Tuhan tentukan. Jadikan setiap kekurangan itu sebagai symbol kekuatan anda bangkit. Bagi yang ada kulit seperti saya, jangan malu dan jangan jadikan itu penghalang untuk anda maju ke hadapan. Sentiasalah beringat, free yourself spread your wings and fly”. Jom tonton video dari Era FM Sabah ini tentang Evita Patcey.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tYfD2l
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel "Keyakinan Dan Sayangi Diri Boleh Tutup Cemuhan Orang" - Gadis 'Chipsmore', Evita Patcey
Anda sekarang membaca artikel "Keyakinan Dan Sayangi Diri Boleh Tutup Cemuhan Orang" - Gadis 'Chipsmore', Evita Patcey dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/keyakinan-dan-sayangi-diri-boleh-tutup.html
0 Response to ""Keyakinan Dan Sayangi Diri Boleh Tutup Cemuhan Orang" - Gadis 'Chipsmore', Evita Patcey"
Catat Ulasan