Loading...

Kisah Pilu Di Hari Raya Ke 11

Loading...
Kisah Pilu Di Hari Raya Ke 11 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kisah Pilu Di Hari Raya Ke 11, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kisah Pilu Di Hari Raya Ke 11
link : Kisah Pilu Di Hari Raya Ke 11

Baca juga


Kisah Pilu Di Hari Raya Ke 11



Seorang lelaki tergamam apabila menemui isterinya yang ditinggalkan selama 14 jam ketika keluar bekerja telah meninggal dunia sewaktu tidur manakala dua anaknya yang baru berusia 48 hari dan 19 bulan berada di sisi mayat wanita itu. 

Mayat Siti Rohana Redzuan, 36, ditemui di atas katil bersama dua anak kecil tersebut oleh lelaki itu selepas pulang daripada kerja pada pukul 8.30 malam. Dia keluar pada pukul 6.30 pagi. Siti Rohana merupakan guru di sebuah sekolah menengah di Kulai dan sedang dalam cuti berpantang selepas melahirkan anak keduanya.

Anak sulung pasangan itu merupakan lelaki manakala yang bongsu perempuan. Ketika ditemui, dua beradik itu berada dalam keadaan jaga. Difahamkan, ketika ditemui oleh bapanya, dua beradik itu sedang menangis hingga termuntah-muntah selepas beberapa jam tidak dijaga oleh ibunya yang telah meninggal dunia.

Terdapat seorang jiran yang mendengar tangisan dua beradik itu namun dia menganggap tidak ada apa-apa yang terjadi selepas panggilannya tidak disahut. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md. Said berkata, berdasarkan keterangan pemandu lori itu, isterinya sedang nyenyak tidur ketika dia keluar bekerja.

“Wanita itu sedang bercuti berpantang selepas melahirkan anak keduanya. Ketika ditemui, anak sulungnya berada di kiri manakala adiknya berusia 48 hari di sebelah kanan Allahyarham.

“Laporan bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan oleh paru-paru berair dan masalah jantung,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, kematian mangsa disahkan oleh pegawai perubatan Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai yang datang ke rumah mangsa.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uQMGlA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Kisah Pilu Di Hari Raya Ke 11

Sekianlah artikel Kisah Pilu Di Hari Raya Ke 11 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kisah Pilu Di Hari Raya Ke 11 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/kisah-pilu-di-hari-raya-ke-11.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kisah Pilu Di Hari Raya Ke 11"

Catat Ulasan

Loading...