Judul : KIT SIANG TAKUT HILANG KEDUDUKAN
link : KIT SIANG TAKUT HILANG KEDUDUKAN
KIT SIANG TAKUT HILANG KEDUDUKAN
SHAH ALAM – Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dikhabarkan bimbang kedudukannya terjejas, menjadi punca parti itu enggan melakukan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mendakwa, Kit Siang dikatakan bimbang sekiranya pemilihan dilakukan, beliau akan kehilangan kedudukannya kepada Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw yang lebih berpengaruh dalam parti.
“Seng Giaw lebih popular dalam DAP. Sebab itu, mereka sengaja melengah-lengah dan tidak mahu buat pemilihan semula,” katanya, semalam.
Menurutnya, jika tiada apa yang hendak disembunyikan, mengapa DAP enggan menurut arahan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
“Bila sudah berada di bawah ROS, kita terpaksa ikut arahan mereka. Jika tidak buat, banyak implikasinya.
“Antaranya CEC yang ada sekarang ini tidak akan diiktiraf oleh ROS. Bila tidak diiktiraf, maknanya ia tidak berfungsi. Apabila tidak berfungsi, mereka tiada kuasa untuk buat apa-apa termasuk meletakkan calon pada PRU14,” katanya.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini dilaporkan mempertikaikan arahan ROS dan bertegas tidak akan mengadakan pemilihan semula CEC yang baharu dengan alasan parti itu telah berbuat demikian pada 29 September 2013.
– SH
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vffeFo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel KIT SIANG TAKUT HILANG KEDUDUKAN
Anda sekarang membaca artikel KIT SIANG TAKUT HILANG KEDUDUKAN dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/kit-siang-takut-hilang-kedudukan.html
0 Response to "KIT SIANG TAKUT HILANG KEDUDUKAN"
Catat Ulasan