Loading...

Krisis Dalaman: Ahli UMNO Diingat Tak Ulangi Kesilapan

Loading...
Krisis Dalaman: Ahli UMNO Diingat Tak Ulangi Kesilapan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Krisis Dalaman: Ahli UMNO Diingat Tak Ulangi Kesilapan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Krisis Dalaman: Ahli UMNO Diingat Tak Ulangi Kesilapan
link : Krisis Dalaman: Ahli UMNO Diingat Tak Ulangi Kesilapan

Baca juga


Krisis Dalaman: Ahli UMNO Diingat Tak Ulangi Kesilapan

KUALA LUMPUR – Ahli UMNO diingatkan tidak mengulangi kesilapan yang boleh menimbulkan krisis dalam parti seperti dua tahun lalu.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata peristiwa di mana beberapa pemimpin dan ahli UMNO dipecat dan keluar daripada parti perlu menjadi iktibar kepada semua anggota parti keramat itu.

“Jika kita ingat dua tahun lalu, perjalanan parti bukan mudah. Sudah bernafas selesa sikit kita diduga termasuk timbalan presiden tinggalkan parti.

“Anggota kita keliru mahu pilih kawan ataupun parti, tetapi kekeliruan, kegusaran dan ketidaktentuan itu sudah berlalu, nyata anggota meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan individu,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kepong, di sini malam ini.

Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita UMNO merangkap Ketua Wanita UMNO Kepong Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Hishammuddin berkata beliau agak lega apabila ‘mood’ mesyuarat perwakilan tahun ini lebih tenang apabila segala kekeliruan dapat dijelaskan kepada akar umbi.

Katanya ‘mood’ ini merupakan petanda baik membolehkan anggota UMNO fokus pada gerak kerja pilihanraya umum (PRU) yang akan datang bagi memastikan kemenangan tetap berpihak pada Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, beliau menegaskan sokongan anggota sahaja tidak menjamin kemenangan malah perlu berusaha terus meraih sokongan rakyat.

“Seronok kita-kita sahaja bukan jaminan kita boleh menang. Dengan kelebihan ‘mood yang ada kini bukan hanya berkisar pada kemenangan tetapi isyarat memenangi hati pengundi,” katanya.

Sementara itu, Shahrizat dalam ucapannya mengulangi hasrat memperjuangkan sasaran 30 peratus calon-calon wanita dalam PRU14.

“Kita percaya Datuk Seri Hisham (Hishammuddin) boleh bisik-bisik kepada presiden supaya letakkan lebih ramai calon wanita dalam PRU kali ini,” katanya.

Katanya lagi sayap Wanita menegaskan pendirian memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau juga berharap suara wanita akan didengari menjadi sebahagian wadah dalam Transformasi Nasional 2050.- BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tzUIQ9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Krisis Dalaman: Ahli UMNO Diingat Tak Ulangi Kesilapan

Sekianlah artikel Krisis Dalaman: Ahli UMNO Diingat Tak Ulangi Kesilapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Krisis Dalaman: Ahli UMNO Diingat Tak Ulangi Kesilapan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/krisis-dalaman-ahli-umno-diingat-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Krisis Dalaman: Ahli UMNO Diingat Tak Ulangi Kesilapan"

Catat Ulasan

Loading...