Judul : Kuala Lumpur berpesta gol dan terus ungguli carta Liga Perdana
link : Kuala Lumpur berpesta gol dan terus ungguli carta Liga Perdana
Kuala Lumpur berpesta gol dan terus ungguli carta Liga Perdana
Kemenangan ke-11 daripada 16 perlawanan menyaksikan skuad 'The Hawks' terus mengungguli carta Liga Perdana dengan kutipan 35 mata.
Enam gol pasukan Kuala Lumpur dijaringkan oleh Muhammad Hafiz Mohd Johar pada minit ke-16, Paulo Dos Reis (minit ke-52 dan 79') serta jaringan hatrik pemain import dari Brazil, Guilherme de Paula pada minit ke-68, 77' dan 83'.
Skuad 'The Seagulls' pula meraih tiga gol menerusi ljubo Baranin pada minit ke-25 dan minit ke-86 serta Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-88.
Terengganu pula memintas kedudukan Negeri Sembilan di tangga kedua liga selepas menang bergaya 4-0 ke atas pasukan bawahan liga, Perlis di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.Empat gol skuad Penyu dijaringkan oleh Gabriel Davis Dos Santos pada minit ke-26, Tchetche Hermann Brice Kipre (minit ke-42), Lazaro Vinicius Martins Alves (minit ke-48) dan Mohd Ridzuan Abdunloh Pula pada minit ke-79.
Turut meraih tiga mata adalah pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) yang mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas PKNP FC di Stadium Perak, Ipoh.
PKNP FC bagaimanapun berada di depan menerusi jaringan Mohamad Hafiz Ramdan pada minit ke-44 sebelum JDT II bangkit meraih dua gol hasil sentuhan penyudah dua pemain import mereka iaitu Samuel Catalino Caceres Arza pada minit ke-63 dan Jeronimo Barrales pada minit ke-77.
Dalam pada itu, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 1-1 menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka.
ATM membuka tirai jaringan menerusi Mohd Rafizol Roslan pada minit keenam sebelum PDRM menyamakan kedudukan menerusi pemain antarabangsa Singapura, Muhammad Safuwan Baharudin pada minit ke-27.
Terdahulu, ATM terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Mohamad Noraiman Talib dilayangkan kad merah selepas mengasari Muhammad Safuwan pada minit ke-80.
Sabah pula kembali meraih kemenangan setelah menang tipis 1-0 ke atas pasukan UiTM FC hasil jaringan Rodoljub Paunovic pada minit ke-68 pada aksi di Stadium UiTM, Shah Alam.
Satu lagi aksi menyaksikan MISC MIFA dan Negeri Sembilan berkongsi satu mata setelah seri tanpa jaringan di Stadium Proton, Tanjung Malim.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t111Lm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Kuala Lumpur berpesta gol dan terus ungguli carta Liga Perdana
Anda sekarang membaca artikel Kuala Lumpur berpesta gol dan terus ungguli carta Liga Perdana dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/kuala-lumpur-berpesta-gol-dan-terus.html
0 Response to "Kuala Lumpur berpesta gol dan terus ungguli carta Liga Perdana"
Catat Ulasan