Loading...
Judul : Kurangkan Nafkah Anak, Kecewa Bekas Suami Utamakan Motor Berbanding Anak - Elly Mazlein
link : Kurangkan Nafkah Anak, Kecewa Bekas Suami Utamakan Motor Berbanding Anak - Elly Mazlein
Kurangkan Nafkah Anak, Kecewa Bekas Suami Utamakan Motor Berbanding Anak - Elly Mazlein
SEPANG 12 Julai - Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein dan bekas suami, Azmi Hatta masing-masing tidak mencapai kata putus terhadap nilai tuntutan nafkah anak mereka, Putri Sara Sefhia yang kini sudah berusia setahun.
Menurut Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina, Azmi membuat permohonan untuk mengurangkan tuntutan nafkah yang telah ditetapkan mahkamah sebelum ini bernilai RM1,500 sebulan kepada RM500 sebulan.
“Alasan utamanya adalah disebabkan dia terpaksa menanggung kos bayaran motosikal berkuasa tinggi berjumlah RM1,150 sebulan.
“Bagi saya alasan itu tidak munasabah. Sebab itu saya berkeras untuk menuntut RM1,500 sebulan seperti mana yang telah diputuskan mahkamah sebelum ini.
“Bukan itu sahaja, saya juga akan mengambil tindakan terhadapnya kerana ingkar perintah mahkamah selepas dia gagal memperuntukkan perbelanjaan sempena Aidilfitri berjumlah RM1,500,” ujarnya.
Elly Mazlein berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Salak Tinggi setelah Azmi membuat permohonan untuk mengubah nafkah anak mereka.
Dalam pada itu, pelakon yang sedang menjalani penggambaran siri Vila Ghazara berkenaan memberitahu, perbicaraan bagi memutuskan nilai nafkah akan diteruskan pada 1 Ogos ini di mahkamah sama.
Sementara itu, usaha pihak media untuk mendapatkan kenyataan Azmi tidak berjaya kerana difahamkan pengarah tersebut terus pulang.
Sumber: UTUSAN ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tgrBzK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Kurangkan Nafkah Anak, Kecewa Bekas Suami Utamakan Motor Berbanding Anak - Elly Mazlein
Sekianlah artikel Kurangkan Nafkah Anak, Kecewa Bekas Suami Utamakan Motor Berbanding Anak - Elly Mazlein kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kurangkan Nafkah Anak, Kecewa Bekas Suami Utamakan Motor Berbanding Anak - Elly Mazlein dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/kurangkan-nafkah-anak-kecewa-bekas.html
0 Response to "Kurangkan Nafkah Anak, Kecewa Bekas Suami Utamakan Motor Berbanding Anak - Elly Mazlein"
Catat Ulasan