Loading...
Judul : Lagi Pembunuhan Umat Islam Di Myanmar
link : Lagi Pembunuhan Umat Islam Di Myanmar
Lagi Pembunuhan Umat Islam Di Myanmar
SETELAH enam bulan suasana di wilayah Rakhine tenang sejak awal tahun ini, kini Myanmar mencetuskan semula keganasan penghapusan etnik di negara itu.
Lebih seribu penduduk Islam Rohingya dibunuh sejak 2012 manakala 800 ribu melarikan diri dan menjadi pelarian di negara jirannya sama ada Bangladesh, Thailand, Malaysia dan Indonesia.
Rakhine kembali bergolak pada 29 Jun lalu apabila tentera dan polis Myanmar mengetuai serangan di utara Maungdaw, membunuh lapan penduduk Islam manakala 1,000 yang lain melarikan diri.
Ini serangan berdarah terbaharu terhadap minoriti Muslim di 17 buah perkampungan di sekitar Maungdaw.
Minggu lalu, portal tempatan Rohingya Blogger mendedahkan serangan tentera dan polis kerajaan junta itu turut disertai ekstremis Buddha.
Serangan menyebabkan 1,000 penduduk lari ke hutan berdekatan, tetapi 500 berjaya ditahan tentera Myanmar. Hingga kini, tiada makkumat mengenai nasib mereka yang ditahan.
Semalam, seorang lagi penduduk Islam maut, manakala enam cedera diserang sekumpulan penduduk Buddha.
Ketegangan antara penduduk Islam dan Buddha kembali memuncak di Rakhine sejak tentera kerajaan melancarkan serangan sebagai tindak balas terhadap kematian seorang penduduk Buddha berdekatan perkampungan Rohingya.
Mangsa diserang ketika dalam perjalanan mendapatkan perlindungan di kem pelarian berdekatan Sittwe.
Agensi berita antarabangsa AFP melaporkan kenyatan Kapten Polis Pusat di Sittwe yang menyebut: “Mereka diserang dengan batu-bata oleh sekumpulan orang.” – MYNEWSHUB.CC
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uIbITL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Lagi Pembunuhan Umat Islam Di Myanmar
Sekianlah artikel Lagi Pembunuhan Umat Islam Di Myanmar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lagi Pembunuhan Umat Islam Di Myanmar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/lagi-pembunuhan-umat-islam-di-myanmar.html
0 Response to "Lagi Pembunuhan Umat Islam Di Myanmar"
Catat Ulasan