Loading...
Judul : Lapan Sekeluarga Dibunuh Di Krabi
link : Lapan Sekeluarga Dibunuh Di Krabi
Lapan Sekeluarga Dibunuh Di Krabi
Sekumpulan lelaki bersenjata menyamar sebagai anggota tentera dan menembak mati lapan orang di wilayah Krabi, selatan Thailand termasuk tiga kanak-kanak, kata polis semalam dalam kes pembunuhan kejam yang disyaki berpunca daripada konflik peribadi.
Polis berkata, geng yang terdiri daripada enam atau tujuh lelaki itu memakai seragam kamoflaj. Mereka menyerbu sebuah rumah di Krabi sekitar pukul 4 petang waktu tempatan kelmarin. Lelaki-lelaki bersenjata itu menjadikan 10 orang sebagai tebusan dan menunggu pemilik rumah itu pulang.
“Pemilik kediaman itu pulang sekitar pukul 8 malam. Kesemua mangsa kemudian digari dan mata mereka ditutup. Lelaki-lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan pada waktu tengah malam,” kata ketua daerah Ao Luek, Chaiwut Buathong.
Katanya, enam mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dua lagi di hospital. “Tiga mangsa terdiri daripada budak perempuan berumur bawah 15 tahun. Tiga lagi mangsa dibawa ke hospital dengan seorang berada dalam keadaan kritikal,” tambah Chaiwut.
Timbalan jurucakap polis Thailand, Krissana Pattanacharoen pula memberitahu wartawan bahawa semua mangsa berasal daripada sebuah keluarga Islam. Dalam pada itu, gambar yang dirakam oleh petugas perubatan menunjukkan dua mayat berlumuran darah ditindan di atas sebuah katil kanak-kanak.
“Kes ini masih disiasat tetapi polis mengesyaki pembunuhan ini berpunca daripada konflik peribadi,” kata ketua polis tempatan, Mejar Jeneral Worawit Panprung.
Wilayah Krabi popular sebagai destinasi pelancongan kerana mempunyai pantai yang indah seperti Ao Nang dan Rai Lay, namun pembunuhan kelmarin berlaku di kawasan jauh dari lokasi tumpuan pelancong.
Krabi juga memiliki masyarakat Islam yang ramai dan tinggal di wilayah itu sejak beberapa abad lalu. Mereka bertutur dalam bahasa Thai dan merupakan etnik berbeza daripada orang Islam yang menggunakan Bahasa Melayu di tiga wilayah paling selatan di Thailand.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uPDFdb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Lapan Sekeluarga Dibunuh Di Krabi
Sekianlah artikel Lapan Sekeluarga Dibunuh Di Krabi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lapan Sekeluarga Dibunuh Di Krabi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/lapan-sekeluarga-dibunuh-di-krabi.html
0 Response to "Lapan Sekeluarga Dibunuh Di Krabi"
Catat Ulasan