Judul : Lebuh Raya Dalam Pembinaan Runtuh Di Singapura
link : Lebuh Raya Dalam Pembinaan Runtuh Di Singapura
Lebuh Raya Dalam Pembinaan Runtuh Di Singapura
SINGAPURA – Seorang pekerja warga asing maut dan 10 lagi cedera selepas sebuah lebuh raya bertingkat yang dalam pembinaan runtuh semalam, kata pihak berkuasa.
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai warga China termasuk tiga pekerja lain yang cedera manakala bakinya adalah warga Bangladesh.
Kira-kira 60 anggota penyelamat bergegas ke lokasi kejadian tidak lama selepas kemalangan yang berlaku pada waktu subuh itu.
Gambar yang tersebar di Internet menunjukkan pasukan penyelamat berusaha mencari mangsa dalam sisa runtuhan binaan berkenaan.
“Seramai 11 pekerja berada di atas binaan itu ketika kemalangan berlaku.
“Seorang pekerja maut dan 10 lagi cedera,” kata Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura yang memberitahu semua mangsa dibawa ke hospital.
Pihak berkuasa juga memulakan siasatan keselamatan berhubung kejadian berkenaan bagi mengenal pasti sekiranya ada kelemahan yang boleh diperbaiki segera.
Kemalangan di kawasan pembinaan di Singapura sangat jarang berlaku akibat peraturan ketat keselamatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa.
Kebanyakan tenaga kerja di kawasan pembinaan di Singapura dilakukan oleh pekerja warga asing. – AFP/myMetro Online
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t0J7Zc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Lebuh Raya Dalam Pembinaan Runtuh Di Singapura
Anda sekarang membaca artikel Lebuh Raya Dalam Pembinaan Runtuh Di Singapura dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/lebuh-raya-dalam-pembinaan-runtuh-di.html
0 Response to "Lebuh Raya Dalam Pembinaan Runtuh Di Singapura"
Catat Ulasan