Judul : Lee Buat Kenyataan Berhubung Rumah Bapa
link : Lee Buat Kenyataan Berhubung Rumah Bapa
Lee Buat Kenyataan Berhubung Rumah Bapa
SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dijadual menyampaikan Kenyataan Menteri pada sidang Parlimen hari ini berhubung rumah mendiang bapanya Lee Kuan Yew di Oxley Road dan menyangkal tuduhan terhadap beliau dan kerajaan.
“Membuat Kenyataan Menteri di Parlimen hari ini berhubung 38 Oxley Road dan tuduhan terhadap saya dan kerajaan,” katanya dalam catatan terbaru di laman Facebooknya.
Selain Kenyataan Menteri, dipercayai terdapat lima soalan lisan berhubung perkara itu yang akan diutarakan kepada Perdana Menteri sempena persidangan Parlimen yang diadakan pada 11 pagi ini.
Setakat ini, tiada soalan bagi jawapan bertulis berhubung isu itu untuk Lee.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean juga akan membuat Kenyataan Menteri mengenai Jawatankuasa Menteri bagi 38 Oxley Road.
Dalam kenyataan beliau pada 19 Jun berkaitan rumah itu, Lee berkata semua anggota Parlimen berpeluang mengajukan soalan bagi diri sendiri dan pengundi mereka.
Malah Lee turut mengarahkan ‘whip’ Parti Tindakan Rakyat (PAP) dimansuhkan.
Beliau menggesa semua Anggota Parlimen termasuk Ahli Parlimen bukan anggota PAP, agar meneliti isu itu secara mendalam dan mengajukan soalan kepada beliau dan anggota Kabinet.
Lee berharap pendedahan penuh di Parlimen itu akan merungkai keraguan dan mengukuhkan keyakinan terhadap institusi dan sistem kerajaan.
Perdana Menteri sebelum ini meminta maaf kepada warga Singapura berhubung perbalahan peribadi yang tercetus antara beliau dan adik-adiknya mengenai rumah bapa mereka, perdana menteri pengasas Singapura itu. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tgy3rX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Lee Buat Kenyataan Berhubung Rumah Bapa
Anda sekarang membaca artikel Lee Buat Kenyataan Berhubung Rumah Bapa dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/lee-buat-kenyataan-berhubung-rumah-bapa.html
0 Response to "Lee Buat Kenyataan Berhubung Rumah Bapa"
Catat Ulasan