Loading...
Judul : Lelaki parah dibelasah Di Limbang
link : Lelaki parah dibelasah Di Limbang
Lelaki parah dibelasah Di Limbang
LELAKI ditemui dalam keadaan parah kerana dipukul sekumpulan individu di tempat letak kereta Medan Selera Linggi di Limbang, malam tadi.
Mangsa yang berusia lingkungan 40-an itu ditemui kira-kira jam 11 malam oleh orang awam sebelum memaklumkan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Limbang Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, mangsa dilihat dipukul sekumpulan lelaki di kawasan berkenaan sebelum ditinggalkan dalam keadaan lemah dan berlumuran darah.
"Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami kecederaan pada atas kepala, bibir dan dagu.
"Mangsa yang tidak sedarkan diri itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Limbang untuk rawatan lanjut," katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut giat dijalankan dan polis perlu menunggu mangsa stabil sebelum keterangan daripadanya dapat diambil bagi mengetahui motif kejadian.
Mohd Bukhori berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan.-HMetroOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tq3FKe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Lelaki parah dibelasah Di Limbang
Sekianlah artikel Lelaki parah dibelasah Di Limbang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lelaki parah dibelasah Di Limbang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/lelaki-parah-dibelasah-di-limbang.html
0 Response to "Lelaki parah dibelasah Di Limbang"
Catat Ulasan