Judul : Lesen Memandu Kelas B2 Hanya RM100, JPJ Laksanakan Secara Berperingkat
link : Lesen Memandu Kelas B2 Hanya RM100, JPJ Laksanakan Secara Berperingkat
Lesen Memandu Kelas B2 Hanya RM100, JPJ Laksanakan Secara Berperingkat
Dengan hanya bermodalkan RM100, sesiapa yang tidak mempunyai lesen akan mendapat lesen motosikal kelas B2 dengan program Myprihatinyang bakal dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara berperingkat.
Program Myprihatin ini untuk penduduk bandar berpendapatan isi rumah bulanan kurang RM3,900 (B40) bertujuan membantu kelompok B40, iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus terbawah meningkatkan pendapatan.
Program rintis Myprihatin dilaksanakan di kawasan Parlimen Titiwangsa dan majlis pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menyasarkan individu dalam kategori miskin bandar berusia 16 tahun ke atas memiliki lesen motosikal.
Johari memberitahu bahawa program berkenaan bertujuan untuk membantu golongan B40 kerana sebahagian daripada mereka tidak mampu membiayai kos memohon dan menduduki ujian untuk mendapatkan lesen berkenaan.
“Saya mendapati ramai dalam kalangan mereka (B40) tiada lesen sedangkan permintaan (pekerjaan) untuk menghantar makanan di ibu kota sangat tinggi.
“Dengan inisiatif itu, mereka boleh memiliki lesen motosikal dan seterusnya bekerja seperti sebagai ejen penghantar makanan, penghantar surat atau kerjaya yang memerlukan mereka menunggang motosikal,” – Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Program Myprihatin ini adalah sama dengan proses memohon lesen memandu di institut memandu, tetapi dilaksanakan sepenuhnya oleh JPJ termasuk pendaftaran, mengendalikan ceramah, ujian penilaian undang-undang serta ujian memandu percubaan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u8ai8W
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Lesen Memandu Kelas B2 Hanya RM100, JPJ Laksanakan Secara Berperingkat
Anda sekarang membaca artikel Lesen Memandu Kelas B2 Hanya RM100, JPJ Laksanakan Secara Berperingkat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/lesen-memandu-kelas-b2-hanya-rm100-jpj.html
0 Response to "Lesen Memandu Kelas B2 Hanya RM100, JPJ Laksanakan Secara Berperingkat"
Catat Ulasan