Loading...
Judul : Mahu Balas Jasa Peneroka Felda – Akmar Hisham
link : Mahu Balas Jasa Peneroka Felda – Akmar Hisham
Mahu Balas Jasa Peneroka Felda – Akmar Hisham
PUTRAJAYA – Sekurang-kurangnya 50,000 pengunjung dijangka memeriahkan Program Ekspresi Felda Negaraku Malaysia sempena sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017 yang bakal diadakan di Persiaran Perdana di sini pada 21 hingga 23 Julai ini kata Pengarah Publisiti Ekspresi Felda Negaraku Malaysia, Datuk Akmar Hisham Mokhles.
Beliau berkata, tujuan utama program tersebut diadakan untuk mendedahkan kepada orang ramai tentang pelbagai kejayaan yang telah dicapai oleh Felda yang tidak diketahui.
“Kita ingin paparkan tentang pelbagai kejayaan yang telah dicapai oleh peneroka dan generasi anak-anak peneroka Felda yang kini menjadi usahawan dan selebriti tanah air termasuk perkembangan Felda sejak daripada awal penubuhan sehingga kini.
“Antara perkara lain yang ramai yang tidak tahu tentang Felda ialah Felda Lurah Bilut, Felda Tun Ghafar termasuk Felda di Sabah adalah terdiri daripada kaum-kaum lain dan bukan orang Melayu,” katanya menerusi taklimat program tersebut, seperti memetik Kosmo.
Akmar yang merupakan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri berkata, pihaknya juga bakal membawa seramai 25,000 peneroka Felda untuk datang ke putrajaya bagi meraikan segala jasa dan pengorbanan mereka selama ini.
“Ini merupakan hari khas untuk para peneroka dan kita mahu mereka datang ke Putrajaya dan melihat sendiri pencapaian yang telah mereka lalui dan lakukan bersama-sama dengan Felda,”ujarnya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan Hari Peneroka Kebangsaan 2017 pada 23 Julai sekali gus menyampaikan Anugerah Masjid Terbaik dan Tokoh Imam, Pingat Khidmat Bakti dan Anugerah Keceriaan Kampung Felda yang menawarkan hadiah RM1 Juta.- SuaraTV
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uPHe34
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Mahu Balas Jasa Peneroka Felda – Akmar Hisham
Sekianlah artikel Mahu Balas Jasa Peneroka Felda – Akmar Hisham kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahu Balas Jasa Peneroka Felda – Akmar Hisham dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/mahu-balas-jasa-peneroka-felda-akmar.html
0 Response to "Mahu Balas Jasa Peneroka Felda – Akmar Hisham"
Catat Ulasan