Loading...
Judul : Majlis Daerah Tumpat beri amaran selepas kenduri kahwin ‘dikir gelek’
link : Majlis Daerah Tumpat beri amaran selepas kenduri kahwin ‘dikir gelek’
Majlis Daerah Tumpat beri amaran selepas kenduri kahwin ‘dikir gelek’
Yang dipertua Majlis Daerah Tumpat berkata, pihaknya tidak mengenakan denda kerana kecaman orang ramai dianggap satu bentuk 'hukuman' kepada tuan rumah kenduri kahwin itu.
VIDEO INSIDE
Rakaman video persembahan “dikir gelek” 2 wanita berpakaian ketat dalam sebuah kenduri kahwin di Kampung Padang Tembesu, Tumpat, Sabtu malam lalu tersebar sehingga menyebabkan tuan rumah dikecam pelbagai pihak.
Difahamkan, sekurang-kurangnya 3 lelaki dan 3 wanita, termasuk penyanyi dikir barat terkenal di Kelantan – Rosalinda mengambil bahagian dalam persembahan itu.
Yang Dipertua MDT, Rosnazli Amin dipetik Sin Chew Daily berkata, pihaknya sekadar memberi amaran dan tidak mengenakan denda kerana kecaman orang ramai itu dianggapnya satu bentuk “hukuman” kepada tuan rumah terbabit.
Beliau menegaskan sebarang aktiviti hiburan termasuk nyanyian karaoke yang diadakan dalam kenduri kahwin perlu mendapat permit pihak berkuasa tempatan.
Bagaimanapun, persembahan mulai jam 9 malam hingga 12 tengah malam itu tidak mendapat kebenaran MDT.
Beliau berkata, persembahan itu dimulakan dengan dikir barat nyanyian lelaki, disusuli kemunculan wanita berpakaian ketat yang bergelek mengikut rentak lagu dangdut.
“Kita tahu nyanyian karaoke dalam kenduri kahwin adalah perkara biasa, tetapi kebiasaannya hanya lelaki dibenarkan menyanyi.
“Walaupun dalam keadaan itu, mereka perlu mematuhi peraturan dengan memohon permit,” katanya sambil menambah penganjur juga perlu memaklumkan polis berhubung penganjuran kenduri kahwin.
Rosnazli berkata, tuan rumah sepatutnya segera menghentikan persembahan “dikir gelek” itu, selepas mendapati ia melanggar syiah Islam.
Tuan rumah berusia 58 tahun yang dipetik Harian Metro berkata, beliau tidak menyangka persembahan dikir barat dalam majlis menyambut menantu di rumahnya bertukar menjadi “dikir gelek” dikecam ramai, memandangkan penyanyi itu ialah kenalan anaknya.
“Sebelum majlis diadakan, pengurus kumpulan dikir itu beritahu mahu membuat persembahan yang saya fikir biasa sahaja,” katanya kepada akhbar itu.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS kawasan Tumpat, Mohd Hushaimi Hussain dipetik Sin Chew Daily berkata, tuan rumah sudah memohon maaf kepada pemimpin dan penduduk setempat atas kecuaian itu.
Beliau berkata, masjid setempat juga akan menyampaikan permohonan maaf tuan rumah terbabit menerusi khutbah sebelum solat Jumaat pada minggu ini.
Katanya, beliau difahamkan tuan rumah menerima tawaran membuat persembahan percuma daripada kumpulan dikir barat itu sempena perkahwinan anaknya 2 bulan lalu. -FMT
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sJFpU0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Majlis Daerah Tumpat beri amaran selepas kenduri kahwin ‘dikir gelek’
Sekianlah artikel Majlis Daerah Tumpat beri amaran selepas kenduri kahwin ‘dikir gelek’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Majlis Daerah Tumpat beri amaran selepas kenduri kahwin ‘dikir gelek’ dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/majlis-daerah-tumpat-beri-amaran.html
0 Response to "Majlis Daerah Tumpat beri amaran selepas kenduri kahwin ‘dikir gelek’"
Catat Ulasan